Loading...

Ketua Pemuda MCA Pahang Dirakam Keterangan Berkaitan Isu Serahan Data Peribadi Pengguna, Telefon Dirampas

Loading...
Ketua Pemuda MCA Pahang Dirakam Keterangan Berkaitan Isu Serahan Data Peribadi Pengguna, Telefon Dirampas - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua Pemuda MCA Pahang Dirakam Keterangan Berkaitan Isu Serahan Data Peribadi Pengguna, Telefon Dirampas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua Pemuda MCA Pahang Dirakam Keterangan Berkaitan Isu Serahan Data Peribadi Pengguna, Telefon Dirampas
link : Ketua Pemuda MCA Pahang Dirakam Keterangan Berkaitan Isu Serahan Data Peribadi Pengguna, Telefon Dirampas

Baca juga


Ketua Pemuda MCA Pahang Dirakam Keterangan Berkaitan Isu Serahan Data Peribadi Pengguna, Telefon Dirampas

SHAH ALAM: MCA mengesahkan Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun sudah selesai memberi keterangan berhubung kenyataannya berkaitan isu serahan data peribadi pengguna di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pada jam 2 petang Rabu.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memaklumkan bahawa Siew Mun disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan telefon bimbit beliau turut dirampas bagi membantu siasatan.

“Siew Mun telah menghubungi saya pada jam 2 petang tadi untuk memaklumkan bahawa beliau baru sahaja selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Diiringi oleh peguamnya, Kamarudin Ahmad, Siew Mun telah memberi keterangan kepada pihak polis dari jam 11.15 pagi hingga 1.15 tengah hari, dan kini sedang menikmati nasi kari di restoran berdekatan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Penerangan MCA merangkap Setiausaha Agung Wanita MCA, Chan Quin Er bersama-sama kepimpinan Pemuda MCA dan pakar perundangan turut hadir ke Bukit Aman sebagai tanda solidariti bersama Siew Mun.

Menurut Ka Siong, Siew Mun dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan berkaitan video yang memetik laporan South China Morning Post serta mempersoalkan niat di sebalik arahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada syarikat telekomunikasi untuk menyerahkan data pengguna.

Justeru, beliau menegaskan bahawa MCA akan terus berdiri teguh bersama Siew Mun dan bersedia memberikan bantuan guaman demi mempertahankan hak kebebasan bersuara rakyat. #SinarHarian




Demikianlah Artikel Ketua Pemuda MCA Pahang Dirakam Keterangan Berkaitan Isu Serahan Data Peribadi Pengguna, Telefon Dirampas

Sekianlah artikel Ketua Pemuda MCA Pahang Dirakam Keterangan Berkaitan Isu Serahan Data Peribadi Pengguna, Telefon Dirampas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua Pemuda MCA Pahang Dirakam Keterangan Berkaitan Isu Serahan Data Peribadi Pengguna, Telefon Dirampas dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/ketua-pemuda-mca-pahang-dirakam.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ketua Pemuda MCA Pahang Dirakam Keterangan Berkaitan Isu Serahan Data Peribadi Pengguna, Telefon Dirampas"

Catat Ulasan

Loading...