Loading...

Kereta Bezza Yang Jatuh Dalam Sungai Triang Dinaikkan, Isteri Anggota Tentera Masih Belum Ditemui Lagi

Loading...
Kereta Bezza Yang Jatuh Dalam Sungai Triang Dinaikkan, Isteri Anggota Tentera Masih Belum Ditemui Lagi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kereta Bezza Yang Jatuh Dalam Sungai Triang Dinaikkan, Isteri Anggota Tentera Masih Belum Ditemui Lagi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kereta Bezza Yang Jatuh Dalam Sungai Triang Dinaikkan, Isteri Anggota Tentera Masih Belum Ditemui Lagi
link : Kereta Bezza Yang Jatuh Dalam Sungai Triang Dinaikkan, Isteri Anggota Tentera Masih Belum Ditemui Lagi

Baca juga


Kereta Bezza Yang Jatuh Dalam Sungai Triang Dinaikkan, Isteri Anggota Tentera Masih Belum Ditemui Lagi


BERA: Sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang terjatuh ke dalam Sungai Triang berhampiran Pasar Ayam Kerayong di sini berjaya dinaikkan pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, kenderaan tersebut berjaya ditarik keluar dari dasar sungai oleh pasukan penyelamat kira-kira jam 12.30 tengah hari.

"Kereta ditarik keluar menggunakan jentera dan tiada mangsa dalam kenderaan terbabit. 

Sebelum ini, seorang wanita dikhuatiri lemas selepas kereta dinaikinya bersama anak terjunam ke dalam Sungai Triang.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang Isnin, mangsa, Sakirah Akop, 31, sempat menyerahkan anak perempuan berusia setahun empat bulan kepada suaminya yang juga anggota tentera, Abdul Wahid Randa, 32, sebelum dihanyutkan arus deras sungai.

Sebelum itu, mangsa bersama anak berada dalam kereta tersebut kira-kira lapan meter dari lokasi suaminya memancing.

Zulkiflee berkata, seramai 103 anggota terdiri pelbagai agensi dan penduduk kampung terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua.

"Operasi pencarian diperluaskan meliputi radius 200 meter dan bertumpu di kawasan berisiko seperti celahan pokok tumbang serta longgokan sampah, yang turut diperiksa dari lokasi kereta ditemui.

"Penduduk turut membantu memasang jerami di permukaan sungai bagi mengesan sebarang objek hanyut,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, siasatan awal mendapati gear kereta berada dalam kedudukan ‘drive’, dipercayai tertolak secara tidak sengaja, menyebabkan ia bergerak sendiri dan terjunam ke dalam sungai.

“Kereta ditemui dalam keadaan terbalik dengan keempat-empat tayar masih berangin, menyebabkan ia sukar dikesan malam tadi," katanya.

Beliau memberitahu, mangsa berjaya keluar dari kenderaan tersebut dan sempat menyerahkan anaknya kepada suami dan diletakkan di tebing sungai.

"Ketika ingin menyelamatkan isterinya, anak pasangan tersebut turun ke bawah menyebabkan suaminya berpatah kembali.

"Apabila berada di darat, suami mangsa melihat mangsa sudah hilang dan kereta tenggelam," tambahnya.

"Mangsa masih belum ditemui setakat ini dan pencarian masih diteruskan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Selasa. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Kereta Bezza Yang Jatuh Dalam Sungai Triang Dinaikkan, Isteri Anggota Tentera Masih Belum Ditemui Lagi

Sekianlah artikel Kereta Bezza Yang Jatuh Dalam Sungai Triang Dinaikkan, Isteri Anggota Tentera Masih Belum Ditemui Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kereta Bezza Yang Jatuh Dalam Sungai Triang Dinaikkan, Isteri Anggota Tentera Masih Belum Ditemui Lagi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/kereta-bezza-yang-jatuh-dalam-sungai.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kereta Bezza Yang Jatuh Dalam Sungai Triang Dinaikkan, Isteri Anggota Tentera Masih Belum Ditemui Lagi"

Catat Ulasan

Loading...