Judul : Kereta Terjatuh, Wanita Sempat Hulur Bayi Kepada Suami Sebelum Hanyut Dalam Sungai Triang Di Bera
link : Kereta Terjatuh, Wanita Sempat Hulur Bayi Kepada Suami Sebelum Hanyut Dalam Sungai Triang Di Bera
Kereta Terjatuh, Wanita Sempat Hulur Bayi Kepada Suami Sebelum Hanyut Dalam Sungai Triang Di Bera
KUANTAN: Wanita yang menjadi mangsa hanyut arus Sungai Triang, Bera dekat sini setelah kereta dinaikinya jatuh ke dalam sungai sempat menghulurkan anak mereka yang masih bayi kepada suaminya ketika kejadian.
Ketua Polis Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 1.30 petang tadi, mangsa dan anak perempuan berusia setahun empat bulan berada di dalam kereta tersebut sementara suaminya sedang memancing.
“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati suami mangsa sedang memancing di tepi Sungai Triang berhampiran Pasar Ayam Kerayong manakala mangsa dan anaknya berada di dalam kereta jenis Perodua Bezza pada jarak kira-kira lapan meter daripada lokasi suaminya.
“Tiba-tiba kereta tersebut telah bergerak ke hadapan lalu terjatuh ke dalam sungai berhampiran tempat suami mangsa memancing.
“Sebelum kereta ditenggelami air, mangsa sempat keluar dari kereta dan menyerahkan anak kepada suami namun selepas itu mangsa telah dihanyutkan oleh arus sungai,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Zulkiflee berkata, anak perempuan mangsa selamat namun sehingga kini mangsa, Sakirah Akop, 31, masih belum ditemui.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 2.05 petang dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira 30 minit kemudian.
Bagaimanapun, katanya, SAR hari ini terpaksa ditangguhkan pada pukul 6.20 petang susulan cuaca gelap serta mulai hujan dan operasi akan bersambung semula pada 8 pagi esok. #MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Kereta Terjatuh, Wanita Sempat Hulur Bayi Kepada Suami Sebelum Hanyut Dalam Sungai Triang Di Bera
Anda sekarang membaca artikel Kereta Terjatuh, Wanita Sempat Hulur Bayi Kepada Suami Sebelum Hanyut Dalam Sungai Triang Di Bera dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/kereta-terjatuh-wanita-sempat-hulur.html

0 Response to "Kereta Terjatuh, Wanita Sempat Hulur Bayi Kepada Suami Sebelum Hanyut Dalam Sungai Triang Di Bera"
Catat Ulasan