Loading...

Mahkamah Tolak Saman Pengeluar Kereta Mewah Itali, Ferrari Terhadap Syarikat Minuman Tempatan 'Wee Power'

Loading...
Mahkamah Tolak Saman Pengeluar Kereta Mewah Itali, Ferrari Terhadap Syarikat Minuman Tempatan 'Wee Power' - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Tolak Saman Pengeluar Kereta Mewah Itali, Ferrari Terhadap Syarikat Minuman Tempatan 'Wee Power', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Tolak Saman Pengeluar Kereta Mewah Itali, Ferrari Terhadap Syarikat Minuman Tempatan 'Wee Power'
link : Mahkamah Tolak Saman Pengeluar Kereta Mewah Itali, Ferrari Terhadap Syarikat Minuman Tempatan 'Wee Power'

Baca juga


Mahkamah Tolak Saman Pengeluar Kereta Mewah Itali, Ferrari Terhadap Syarikat Minuman Tempatan 'Wee Power'

KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta mewah Itali, Ferrari yang terkenal dengan kejayaan dalam Formula 1 dan lambang kuda legendanya kalah dalam kes mahkamah berhubung pertikaian cap dagang dengan sebuah syarikat minuman tenaga tempatan membabitkan logo kuda berkembar.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini menolak saman Ferrari terhadap Sunrise-Mark Sdn Bhd dan memutuskan logo 'Wee Power' milik syarikat itu tidak menyerupai cap dagang Ferrari sehingga boleh menimbulkan kekeliruan, sekali gus boleh diteruskan untuk didaftarkan.

Hakim Adlin Abdul Majid menyatakan dakwaan Ferrari berhubung kemungkinan kekeliruan itu tidak berasas, lapor Harian Metro.

Ferrari memfailkan saman pemula terhadap Sunrise-Mark bagi membatalkan keputusan Pendaftar Cap Dagang yang sebelum ini menolak bantahan Ferrari dan membenarkan permohonan cap dagang syarikat tempatan itu tahun lalu.

Ferrari berhujah cap dagang Sunrise-Mark, yang memaparkan dua ekor kuda sambil berhadapan antara satu sama lain dengan huruf 'W' tebal di antaranya dan perkataan 'Wee Power' di bawahnya, melanggar hak eksklusif mereka terhadap logo kuda tunggal yang digunakan pada kenderaan, barangan niaga dan penjenamaan global mereka.

Syarikat automotif itu turut cuba memperkecilkan elemen 'Wee Power' dengan mendakwa perkataan 'Power' telahpun dinyatakan sebagai pengecualian dalam pendaftaran cap dagang, manakala 'Wee' pula terlalu umum untuk dianggap terlalu umum untuk dianggap unik.

Bagaimanapun, mahkamah dalam keputusannya bertarikh 30 Mei tidak bersetuju dengan plaintif atas alasan bahawa satu-satunya persamaan antara kedua-dua tanda itu ialah kuda.

"Tanda plaintif ialah tanda peranti dengan seekor kuda berdiri, manakala tanda defendan (Sunrise-Mark) mengandungi dua kuda berdiri yang saling berhadapan.

"Tanda defendan tidak hanya tertumpu pada kuda yang berdiri kerana ia mengandungi huruf besar Wdi antara kepala kedua-dua kuda dan perkataan WEE POWER di bawah kuda-kuda itu.

"Saya menerima penjelasan defendan bahawa perkataan WEE berasal daripada nama pengasas defendan, Wee Juan Chien, dan tidak merujuk kepada takrifan biasa perkataan wee dalam bahasa Inggeris.

"Saya mendapati tidak mungkin defendan berniat untuk menjenamakan minuman tenaganya dengan perkataan yang bermaksud 'kuasa yang sangat kecil' atau 'kuasa yang sangat awal'," katanya.

Adlin berkata, mahkamah mendapati tiada kemungkinan munasabah bahawa seseorang yang membeli minuman tenaga akan mengelirukannya dengan kenderaan mewah Ferrari.

"Plaintif dan defendan terbabit dalam industri yang berbeza, dengan plaintif dalam industri automotif mewah manakala defendan berurus niaga dalam barangan boleh guna.

"Kedua-dua jenis produk tidak bersaing antara satu sama lain, dan pelanggan plaintif serta pelanggan defendan tidak mungkin bertindih.

"Saya mendapati tidak mungkin pengguna biasa akan melihat tanda defendan dan membentuk tanggapan bahawa ia serupa dengan tanda plaintif," katanya.

Mahkamah juga memerintahkan pengeluar kereta itu membayar kos mahkamah.

Peguam PC Kok dan Ng Pau Chze mewakili plaintif manakala YY Ho dan Amirah Najihah Ameruddin mewakili defendan. #BeritaHarian



Demikianlah Artikel Mahkamah Tolak Saman Pengeluar Kereta Mewah Itali, Ferrari Terhadap Syarikat Minuman Tempatan 'Wee Power'

Sekianlah artikel Mahkamah Tolak Saman Pengeluar Kereta Mewah Itali, Ferrari Terhadap Syarikat Minuman Tempatan 'Wee Power' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Tolak Saman Pengeluar Kereta Mewah Itali, Ferrari Terhadap Syarikat Minuman Tempatan 'Wee Power' dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/mahkamah-tolak-saman-pengeluar-kereta.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mahkamah Tolak Saman Pengeluar Kereta Mewah Itali, Ferrari Terhadap Syarikat Minuman Tempatan 'Wee Power'"

Catat Ulasan

Loading...