Loading...

Laporan Siasatan Kes Letupan Gas Putra Heights, JKKP Dakwa Keadaan Tanah Lemah Punca Paip Gas Bocor

Loading...
Laporan Siasatan Kes Letupan Gas Putra Heights, JKKP Dakwa Keadaan Tanah Lemah Punca Paip Gas Bocor - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Laporan Siasatan Kes Letupan Gas Putra Heights, JKKP Dakwa Keadaan Tanah Lemah Punca Paip Gas Bocor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Laporan Siasatan Kes Letupan Gas Putra Heights, JKKP Dakwa Keadaan Tanah Lemah Punca Paip Gas Bocor
link : Laporan Siasatan Kes Letupan Gas Putra Heights, JKKP Dakwa Keadaan Tanah Lemah Punca Paip Gas Bocor

Baca juga


Laporan Siasatan Kes Letupan Gas Putra Heights, JKKP Dakwa Keadaan Tanah Lemah Punca Paip Gas Bocor

SHAH ALAM: Keadaan tanah di bawah paip yang lemah dan tidak menyokong sepenuhnya struktur paip merupakan punca bagi insiden kebocoran dan kebakaran paip gas yang berlaku di Putra Heights, di sini pada 1 April lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP), Husdin Che Amat, hasil siasatan mendapati paip gas tersebut memenuhi semua spesifikasi teknikal yang ditetapkan, namun bahagian bawah paip didapati tidak disokong sepenuhnya oleh tanah dan satu keadaan yang menyebabkan paip berada dalam keadaan unsupported segment di atas tanah yang lembut dan lembap.

“Keadaan ini menyebabkan pergerakan berulang pada paip (cyclic loading), menghasilkan tekanan berulang (stress lines) dan garis keletihan (fatigue striations) yang akhirnya membawa kepada kegagalan fizikal (physical failure).

"Kegagalan paip ini bukan berpunca daripada sebarang aktiviti pembinaan di permukaan tanah, sebaliknya disebabkan oleh kelemahan struktur tanah di bawah paip itu sendiri yang tidak mampu menampung berat dan tekanan paip dalam jangka masa panjang,” katanya dalam sidang media berhubung laporan siasatan insiden kebakaran saluran paip gas Putra Heights di Bangunan SUK Selangor, di sini hari ini.

Dalam pada itu, siasatan menyeluruh selama hampir tiga bulan telah dijalankan oleh JKKP dengan kerjasama agensi-agensi teknikal termasuk Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Siasatan dilakukan di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Pindaan 2022) dan Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984.

Proses ini turut melibatkan pemeriksaan visual di lokasi kejadian, pengukuran dan semakan ke atas komponen paip gas, serta pengambilan sampel untuk dianalisis di makmal.

Malah, JKKP menegaskan bahawa keselamatan awam adalah keutamaan dan pihaknya akan terus memantau serta memperkemas aspek keselamatan infrastruktur kritikal bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

"Kejadian yang berlaku sekitar jam 8.08 pagi itu bukan sahaja menjejaskan keselamatan awam, malah turut merosakkan infrastruktur serta menyebabkan gangguan bekalan gas dan elektrik di beberapa kawasan sekitar.

"Kesimpulannya, insiden yang berlaku berpunca daripada faktor geoteknikal dan bukannya kecuaian teknikal atau pelanggaran garis panduan pembinaan," ujar Husdin.

Insiden kebakaran berkenaan telah mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan, tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas termasuk di Kampung Tengah, Puchong.

Turut hadir di sidang media berkenaan ialah Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. #AstroAwani



Demikianlah Artikel Laporan Siasatan Kes Letupan Gas Putra Heights, JKKP Dakwa Keadaan Tanah Lemah Punca Paip Gas Bocor

Sekianlah artikel Laporan Siasatan Kes Letupan Gas Putra Heights, JKKP Dakwa Keadaan Tanah Lemah Punca Paip Gas Bocor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Laporan Siasatan Kes Letupan Gas Putra Heights, JKKP Dakwa Keadaan Tanah Lemah Punca Paip Gas Bocor dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/laporan-siasatan-kes-letupan-gas-putra.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Laporan Siasatan Kes Letupan Gas Putra Heights, JKKP Dakwa Keadaan Tanah Lemah Punca Paip Gas Bocor"

Catat Ulasan

Loading...