Loading...

Kertas Siasatan Babitkan Seorang Kerabat Pahang Tikam Peniaga Sudah Dihantar Ke pejabat Peguam Negara

Loading...
Kertas Siasatan Babitkan Seorang Kerabat Pahang Tikam Peniaga Sudah Dihantar Ke pejabat Peguam Negara - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kertas Siasatan Babitkan Seorang Kerabat Pahang Tikam Peniaga Sudah Dihantar Ke pejabat Peguam Negara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kertas Siasatan Babitkan Seorang Kerabat Pahang Tikam Peniaga Sudah Dihantar Ke pejabat Peguam Negara
link : Kertas Siasatan Babitkan Seorang Kerabat Pahang Tikam Peniaga Sudah Dihantar Ke pejabat Peguam Negara

Baca juga


Kertas Siasatan Babitkan Seorang Kerabat Pahang Tikam Peniaga Sudah Dihantar Ke pejabat Peguam Negara

KUANTAN: Polis Pahang sudah menghantar kertas siasatan membabitkan kejadian seorang kerabat diraja Pahang didakwa menikam seorang peniaga di sebuah kelab malam, dekat Kuantan, ke pejabat Peguam Negara (AG) 23 Jun lalu. 

Ketua Polis Pahang, Datu Seri Yahaya Othman berkata, kertas siasatan itu kejadian yang dilaporkan berlaku awal Mei lalu itu sudah dilengkapkan dan pihaknya sedang menunggu arahan seterusnya daripada pihak AG. 

"Kes ini kita buka siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan juga telah kita hantar ke pihak AG. 

"Pihak AG telah memulangkan balik untuk kita lengkapkan siasatan, dan kita telah lengkapkan siasatan itu dan serahkan balik kepada pihak AG.

“Kita tunggu keputusan lanjut daripada pihak pendakwa raya," katanya ketika ditemui media selepas hadir menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Kuantan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini. 

Yahaya turut memaklumkan seramai 13 individu sudah diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan,termasuk mangsa yang dipanggil untuk tujuan pengecaman. 

Dalam kejadian awal pagi 8 Mei lalu, seorang peniaga mendakwa dipukul dan ditikam oleh sekumpulan lelaki - termasuk seorang individu dipercayai kerabat diraja Pahang - ketika berada di sebuah kelab malam, dekat bandar raya Kuantan. 

Berdasarkan satu laporan polis yang tular di media sosial bertarikh 5 Jun, pengadu berusia 30 tahun mendakwa dirinya diserang kumpulan lelaki itu selepas insiden 'melanggar' kerabat Pahang sebanyak dua kali di pusat hiburan lain.

Pada malam kejadian, pengadu yang hadir bersama adik dan saudaranya, dipelawa berbincang oleh seorang lelaki dipercayai pembantu kepada kerabat berkenaan tentang bagaimana untuk menyelesaikan perkara itu.

Setelah tawaran membelanja bir kepada kerabat itu ditolak, pembantu kerabat tersebut didakwa mencadangkan supaya pengadu memberi 'angpau' kepada kerabat itu.

Pengadu kemudiannya menyerahkan wang tunai berjumlah RM1,200.

Pengadu mendakwa dia kemudiannya dibawa ke bilik karaoke untuk bersemuka dengan kerabat terbabit dan diarahkan memohon maaf. Di situlah, menurut pengadu, dia diserang secara fizikal.

Kerabat tersebut juga didakwa mengeluarkan sebilah pisau lipat dan menikam mangsa di bahagian punggung, sebelum dihalang kakitangan kelab dan pengawal peribadinya. #Malaysiakini



Demikianlah Artikel Kertas Siasatan Babitkan Seorang Kerabat Pahang Tikam Peniaga Sudah Dihantar Ke pejabat Peguam Negara

Sekianlah artikel Kertas Siasatan Babitkan Seorang Kerabat Pahang Tikam Peniaga Sudah Dihantar Ke pejabat Peguam Negara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kertas Siasatan Babitkan Seorang Kerabat Pahang Tikam Peniaga Sudah Dihantar Ke pejabat Peguam Negara dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/07/kertas-siasatan-babitkan-seorang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kertas Siasatan Babitkan Seorang Kerabat Pahang Tikam Peniaga Sudah Dihantar Ke pejabat Peguam Negara"

Catat Ulasan

Loading...