Judul : Pegawai Jabatan Imigresen Pahang Arah Anak Buahnya Lepaskan Empat Warga Asing Yang Telah Ditangkap !
link : Pegawai Jabatan Imigresen Pahang Arah Anak Buahnya Lepaskan Empat Warga Asing Yang Telah Ditangkap !
Pegawai Jabatan Imigresen Pahang Arah Anak Buahnya Lepaskan Empat Warga Asing Yang Telah Ditangkap !
Satu tangkap layar aduan rakyat berkaitan penyelewengan pihak berkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang telah tersebar dalam group Telegram Edisi Siasat (ES) baru-baru ini.
Ia sungguh mengejutkan ramai pihak terutamanya orang ramai yang sememangnya telah sekian lama sangsi dengan integriti pihak terbabit selama ini.
Antara lain, aduan tersebut menyatakan ada pegawai imigresen yang memainkan peranan membebaskan empat orang warga asing yang telah ditangkap oleh anak buanya berlaku di bandar ini.
Ia melibatkan kejadian yang berlaku di sebuah pasaraya milik warga asing Bangladesh yang menggunakan lesen alibaba atas nama isterinya, warga tempatan yang berlaku di Jalan Bukit Ubi dekat sini.
Menurut aduan tersebut sudah beberapa kali premis itu diambil tindakan oleh pihak berkuasa, namun kerana kekebalan dan hubungan erat istei warga asing berkenaan dengan seorang pegawai tinggi JIM Pahang maka pekerjanya yang ditangkap pasti akan dilepaskan semula.
Dilaporkan juga, pasaraya terbabit banyak menjual rokok seludup dan barangan tiruan yang dibawa dari negara Bangladesh, Myanmar dan Nepal.
Namun, akibat rasuah dan korupsi yang sudah berlaku sejak sekian lama antara isteri pemilik premis itu dengan pegawai pihak berkuasa, maka kegiatan mereka selamat dan langsung tidak diambil tindakan.
Justeru, satu laporan kepada Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dilakukan terhadap perkara ini. Ia jelas merupakan satu pengkhianatan yang nyata antara pihak berkuasa yang sejak sekian lama melindungi warga asing terbabit.
Difahamkan, ada juga aduan rakyat berlaku kejadian warga asing terbabit membayar sejumlah wang kepada pegawai berkenaan di tandas jabatan itu, tanpa rasa bersalah.
Pembongkaran ini dijangka dapat menyelesaikan sedikit isu lambakan premis warga asing terutamanya warga Bangladesh yang kini semakin berleluasa di bandaraya Kuantan.
Ternyata, telahan rakyat bahawa mereka ini dijaga oleh pihak berkuasa selama ini adalah benar berlaka.
Memang ada tali barut dan barua dikalangan pihak berkuasa yang menjaga serta melindungi mereka hingga mereka tidak takut untuk melakukan kesalahan dalam negara ini. #PahangDaily
Demikianlah Artikel Pegawai Jabatan Imigresen Pahang Arah Anak Buahnya Lepaskan Empat Warga Asing Yang Telah Ditangkap !
Anda sekarang membaca artikel Pegawai Jabatan Imigresen Pahang Arah Anak Buahnya Lepaskan Empat Warga Asing Yang Telah Ditangkap ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/pegawai-jabatan-imigresen-pahang-arah.html


0 Response to "Pegawai Jabatan Imigresen Pahang Arah Anak Buahnya Lepaskan Empat Warga Asing Yang Telah Ditangkap !"
Catat Ulasan