Loading...

Ketua AMK Indera Mahkota Kecam Pemuda PAS Pahang Agar Tidak Jadi Batu Api Isu Tengku Zafrul

Loading...
Ketua AMK Indera Mahkota Kecam Pemuda PAS Pahang Agar Tidak Jadi Batu Api Isu Tengku Zafrul - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua AMK Indera Mahkota Kecam Pemuda PAS Pahang Agar Tidak Jadi Batu Api Isu Tengku Zafrul, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua AMK Indera Mahkota Kecam Pemuda PAS Pahang Agar Tidak Jadi Batu Api Isu Tengku Zafrul
link : Ketua AMK Indera Mahkota Kecam Pemuda PAS Pahang Agar Tidak Jadi Batu Api Isu Tengku Zafrul

Baca juga


Ketua AMK Indera Mahkota Kecam Pemuda PAS Pahang Agar Tidak Jadi Batu Api Isu Tengku Zafrul

KUANTAN:Pemuda PAS Pahang dikecam kerana cuba mengaitkan isu Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dikatakan ingin menyertai KEADILAN dengan Kerajaan Perpaduan di Pahang.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Indera Mahkota, Ts Ahmad Saifullah Razali, berkata isu Tengku Zafrul adalah urusan dalaman KEADILAN pusat dan tiada kena mengena dengan politik Pahang.

"Kami ingin menegaskan bahawa isu ini adalah urusan dalaman parti di peringkat pusat, dan  langsung tidak ada kaitan dengan pentadbiran Kerajaan Perpaduan Negeri Pahang. 

"Cubaan mengheret Kerajaan Negeri dalam isu ini adalah tidak bertanggungjawab dan berniat jahat. 

"Penyertaan Tengku Zafrul adalah keputusan peribadi beliau dan tertakluk kepada proses yang ditetapkan oleh parti, seperti yang telah dijelaskan oleh Setiausaha Agung KEADILAN. 

"Perkara  ini langsung tidak memberi kesan kepada dasar, pendirian, atau keutamaan KEADILAN di peringkat negeri, terutamanya di Pahang," katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Pemuda Pas Pahang agar tidak menjadi batu api atau “batu ronson” dalam hal berkenaan.

"Sebagai pemimpin muda, saya mengingatkan Pemuda Pas agar tidak terus menjadi “batu ronson” yang menyalakan api kebencian dan perpecahan. 

"Rakyat sudah muak dengan politik menuding jari  dan taksub fitnah yang langsung tidak membawa sebarang nilai tambah kepada pembangunan negeri," katanya lagi. 

Tegas beliau, AMK Indera Mahkota berpegang teguh kepada prinsip politik matang dan sejahtera. Fokus AMK seharusnya kekal kepada usaha membangunkan rakyat, mengangkat suara anak muda, dan  memperkukuh kestabilan negara.

Semalam Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, tindakan Zafrul mengumumkan peletakan jawatan dalam UMNO dan membayangkan hasrat menyertai KEADILAN keretakan antara parti parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, langkah itu turut memberi kesan langsung terhadap kestabilan politik negeri Pahang, yang ditadbir oleh Kerajaan Perpaduan hasil kerjasama antara Umno dan Pakatan Harapan. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Ketua AMK Indera Mahkota Kecam Pemuda PAS Pahang Agar Tidak Jadi Batu Api Isu Tengku Zafrul

Sekianlah artikel Ketua AMK Indera Mahkota Kecam Pemuda PAS Pahang Agar Tidak Jadi Batu Api Isu Tengku Zafrul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua AMK Indera Mahkota Kecam Pemuda PAS Pahang Agar Tidak Jadi Batu Api Isu Tengku Zafrul dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/ketua-amk-indera-mahkota-kecam-pemuda.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ketua AMK Indera Mahkota Kecam Pemuda PAS Pahang Agar Tidak Jadi Batu Api Isu Tengku Zafrul"

Catat Ulasan

Loading...