Judul : Pemuda PAS Pahang Dakwa Kerajaan Perpaduan Di Negeri Ini Turut Terpalit Dengan Tindakan Tengku Zafrul
link : Pemuda PAS Pahang Dakwa Kerajaan Perpaduan Di Negeri Ini Turut Terpalit Dengan Tindakan Tengku Zafrul
Pemuda PAS Pahang Dakwa Kerajaan Perpaduan Di Negeri Ini Turut Terpalit Dengan Tindakan Tengku Zafrul
KUANTAN: Dewan Pemuda PAS Pahang mendakwa wujud keretakan dalaman antara parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan, termasuk di Pahang.
Ketua Penerangannya, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, ia susulan tindakan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mengumumkan peletakan jawatan dalam UMNO dan menyatakan hasrat menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau berkata, gabungan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO yang membentuk kerajaan negeri Pahang semakin jelas kelihatan sebagai sekadar pakatan longgar, yang tidak berpaksikan prinsip perjuangan bersama.
“Langkah ini bukan sahaja menggemparkan politik nasional, tetapi turut memberi kesan langsung terhadap kestabilan politik negeri Pahang, yang kini ditadbir oleh Kerajaan Perpaduan hasil kerjasama antara UMNO dan PH.
“Ini juga menjelaskan khabar angin menyatakan beberapa lantikan politik masih belum selesai dan menjadi pertikaian UMNO dan PH,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.
Tambah Ahmad Azlan, rakyat Pahang mahukan kerajaan yang jelas hala tujunya, berpaksikan prinsip Islam, integriti, dan kecekapan.
Justeru, episod perebutan jawatan dan politik cantas mencantas hanya akan menyusahkan rakyat dan memperlahankan pembangunan negeri.
“Dewan Pemuda PAS Pahang menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan di Pahang berada dalam situasi genting dan rapuh.
“Kami menyeru semua pihak terutama rakyat untuk menilai semula keabsahan dan keberkesanan kerajaan negeri yang wujud hari ini,” katanya lagi. #MalaysiaGazette
Demikianlah Artikel Pemuda PAS Pahang Dakwa Kerajaan Perpaduan Di Negeri Ini Turut Terpalit Dengan Tindakan Tengku Zafrul
Anda sekarang membaca artikel Pemuda PAS Pahang Dakwa Kerajaan Perpaduan Di Negeri Ini Turut Terpalit Dengan Tindakan Tengku Zafrul dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/pemuda-pas-pahang-dakwa-kerajaan.html

0 Response to "Pemuda PAS Pahang Dakwa Kerajaan Perpaduan Di Negeri Ini Turut Terpalit Dengan Tindakan Tengku Zafrul"
Catat Ulasan