Judul : Pemimpin DAP Pahang Selar Tuan Ibrahim, Usah Cuba Manipulasi Nama 'Sultan Pahang' Untuk Tujuan Politik !
link : Pemimpin DAP Pahang Selar Tuan Ibrahim, Usah Cuba Manipulasi Nama 'Sultan Pahang' Untuk Tujuan Politik !
Pemimpin DAP Pahang Selar Tuan Ibrahim, Usah Cuba Manipulasi Nama 'Sultan Pahang' Untuk Tujuan Politik !
KUANTAN: Timbalan Setiausaha Agung DAP pusat, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji hari ini menyelar tindakan ADUN Cheka, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man yang cuba memanipulasi nama 'Sultan Pahang' untuk tujuan politik, dalam usaha mereka untuk menawan negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) akan datang.
Beliau yang juga merupakan ADUN Tras, mendakwa dapat menghidu gerak geri Timbalan Presiden PAS itu mutakhir ini. Malah, ketika ini PAS Pahang juga sedang giat mempromosi slogan 'Teraju Pahang' yang memaparkan wajah Tuan Ibrahim diapit oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Haji Rosli Abdul Jabar dan Dat' Andansura Rabu selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang.
"Mereka sedar uuntuk menawan Pahang , mesti jual nama Istana Pahang. Sebab itu mana mana program Sultan Pahang beliau akan peluk dahulu Tuanku Sultan semasa bersalam.
"Kononnya beliau terlalu rapat dengan Sultan, pada hal beliau hanya pernah jadi guru agama kepada Sultan Pahang ketika masa mudanya dahulu (Tengku Mahkota)," kata Tengku Zulpuri.
Menurut beliau lagi, sebagai ahli politik PAS, Tuan Ibrahim dilihat pandai mengambil kesempatan ke atas Istana.
"Cuba check dalam facebook beliau, jika dia hadir program Istana, jurugambar PAS akan duduk ambil gambar startegik yang Tuanku peluk Tuan Ibrahim pada hal beliau dahulu yang peluk Sultan, tak akan sultan tolak pula," tambah mantan Timbalan Menteri Sumber Asli itu.
Tambah Tengku Zulpuri lagi, perkara ini sudah dua kali berlaku depan matanya.
"Mereka akan menjual gambar-gambar tersebut, sebab itu Andarsura dan Rosli Jabar mohon gelaran Dato' supaya dilihat bahawa Istana Pahang terima PAS.
"Tak pelik pun, mana mana Mantan ADUN Pahang dari DAP dan AMANAH pun dapat gelaran Dato' jika mereka memohon kepada pihak Istana. Contohnya Dato Leong Ngah Ngah (DAP) dan Dato' Syed Hamid (Amanah)," dakwa beliau lagi. #PahangDaily
Demikianlah Artikel Pemimpin DAP Pahang Selar Tuan Ibrahim, Usah Cuba Manipulasi Nama 'Sultan Pahang' Untuk Tujuan Politik !
Anda sekarang membaca artikel Pemimpin DAP Pahang Selar Tuan Ibrahim, Usah Cuba Manipulasi Nama 'Sultan Pahang' Untuk Tujuan Politik ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/pemimpin-dap-pahang-selar-tuan-ibrahim.html





0 Response to "Pemimpin DAP Pahang Selar Tuan Ibrahim, Usah Cuba Manipulasi Nama 'Sultan Pahang' Untuk Tujuan Politik !"
Catat Ulasan