Judul : Tidak Perlu Tukar Kerajaan Untuk Hadkan Penjualan Arak, Kerajaan Pahang Sudah Lama Laksanakannya !
link : Tidak Perlu Tukar Kerajaan Untuk Hadkan Penjualan Arak, Kerajaan Pahang Sudah Lama Laksanakannya !
Tidak Perlu Tukar Kerajaan Untuk Hadkan Penjualan Arak, Kerajaan Pahang Sudah Lama Laksanakannya !
KUANTAN: Penjualan minuman keras di Pahang memang terhad, sama seperti di negeri Serambi Mekah yang ditadbir oleh PAS iaitu Kelantan. Maka tidak perlu menukar kerajaan semata-mata atas alasan mahu 'hadkan' penjualan arak sebenarnya.
Demikian ditegaskan oleh Ketua UMNO Bahagian Maran, Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin ketika mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Rosli Abdul Jabar bahawa selepas PAS berjaya menawan Kelantan, Menteri Besar Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghadkan penjualan arak di negeri itu.
Maka, PAS Pahang berjanji akan laksanakan benda yang sama sekiranya menang di Pahang pada Pilihan raya Umum Ke-16 ini nanti. Kononnya, sebab itulah rakyat negeri ini perlu faham kenapa pentingnya PAS ambil alih kuasa pemerintahan.
"Kenapa pula had-had? Hadkanlah terus. Maknanya (PAS) tak boleh nak buat juga. Bukan tak boleh nak buat pasal apa, sebab memang negara kita ini masyarakat majmuk. Ada masyarakat bukan Islam.
"Kat Pahang ini berleluasa ke (penjualan arak secara terbuka)?. Nak tunggu PAS memerintah ker? Tak tuan-tuan, di Pahang ini pun penjualan arak terhad. Penjualan arak berkait rapat dengan undang-undang dibawah jabatan Kastam, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan juga kalau untuk Pahang iaitu negeri majoriti orang Islam kita ada Enakmen Jenayah Syariah dibawah Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resan Melayu Pahang 1082 (Pindaan 1987).
"Yang mana penjualan arak, walau pun tak diharamkan sepenuhnya tetapi dikawal," kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu.
Mengulas lanjut, Shahaniza mendakwa apa yang dilaksanakan di Pahang sama sahaja dengan negeri Kelantan. Justeru tidak perlulah pemimpin PAS jadikan alasan untuk menghasut rakyat agar menolak kerajaan Pahang yang dipimpin oleh Dato' Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail.
"Arak hanya dibenarkan jual kepada bukan Islam sahaja. Kerajaan Negeri Pahang tak haramkan sepenuhnya penjualan arak tapi menghadkan penjualannya kepada individu bukan Islam, premis yang mendapat lesen sah, kawasan yang tidak majoriti muslim dan . Nak dapat lesen sah tuu bukan senang.
"Tuan-tuan tau tak, nak dapatkan lesen penjualan arak ni kena iklan dalam surat khabar, lepas tu dia ada tempoh tertentu boleh buat bantahan, orang awam boleh buat bantahan. Kalau ada bantahan, PBT tengok balik dan mungkin lesen tersebut tidak diluluskan.
"Lesen ini dikeluarkan oleh PBT, PBT ni apa? Majlis Perbandaran, Majlis Daerah dibawah akta atau peraturan tertentu. Cuma, ada orang kata kat 7Eleven ada jual, ada kedai arak berlesen, restoran tertentu jual arak. Itu sekiranya mereka mematuhi syarat lesen.
"Dekat 7Eleven ni, minuman alkohol yang dibenarkan tidak lebih 3% saya rasa. Selebih daripada tu, tak dibenarkan. Maknaya dia ada kandungan alkohol yang ringan, tapi dalam Islam ia tetap haramlah still tak boleh minum. tapi kita boleh buat bantahan sekiranya kita merasakan bahawa kawasan 7eleven itu tak sepatuynya jual, sebabnya kawasan majoriti muslim tak ada orang non-muslim.. buat apa nak jual?. Kita boleh buat bantahan," dakwa Shahaniza lagi.
Tambah beliau, menurut Enakmen Jenayah Syariah Pahang satu kesalahan bagi orang Islam beli, jual dan minum arak. Kalau didapati melakukan salah, boleh dikenakan denda, sebatan atau penjara. Kes ini akan dikendalikan di Mahkamah Syariah.
Katanya lagi, di 7Eleven antara syaratnya mereka perlu letak kenyataan 'Tidak dijual kepada muslim atau bawah umur".
"Jadi kalau nak kata negeri Pahang tidak menghadkan penjualan arak (seperi mana Kelantan), itu tak betullah. Kita pun buat benda yang sama. Jadi janganlah jadikan itu salah satu alasan kita kena tukar Kerajaan Negeri Pahang," tambah beliau lagi. #PahangDaily
Demikianlah Artikel Tidak Perlu Tukar Kerajaan Untuk Hadkan Penjualan Arak, Kerajaan Pahang Sudah Lama Laksanakannya !
Anda sekarang membaca artikel Tidak Perlu Tukar Kerajaan Untuk Hadkan Penjualan Arak, Kerajaan Pahang Sudah Lama Laksanakannya ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/06/tidak-perlu-tukar-kerajaan-untuk-hadkan.html

0 Response to "Tidak Perlu Tukar Kerajaan Untuk Hadkan Penjualan Arak, Kerajaan Pahang Sudah Lama Laksanakannya !"
Catat Ulasan