Loading...

Dua Pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) Maut Nahas Dengan Ambulans Di Kuantan

Loading...
Dua Pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) Maut Nahas Dengan Ambulans Di Kuantan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua Pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) Maut Nahas Dengan Ambulans Di Kuantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua Pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) Maut Nahas Dengan Ambulans Di Kuantan
link : Dua Pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) Maut Nahas Dengan Ambulans Di Kuantan

Baca juga


Dua Pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) Maut Nahas Dengan Ambulans Di Kuantan

KUANTAN: Dua pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah ambulans di persimpangan lampu isyarat berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar, Jalan Gambang, di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata Muhammad Zuhair Rifqi Abdul Jalil, 21 dan Muhammad Firdaus Mohammad Zamri, 22.

"Siasatan awal mendapati van ambulans dalam perjalanan membawa pesakit dari arah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini ke arah Bukit Rangin, di sini kira-kira jam 11 pagi.

"Ketika ambulans membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat dengan menggunakan siren, sebuah motosikal dari arah Gambang, di sinidipercayai melanggar ambulans.

"Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal maut di tempat kejadian manakala pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan HTAA.

"Pemandu ambulans berusia 49 tahun bersama pembantu ambulans berusia 43 tahun mengalami kecederaan dan menerima rawatan di hospital," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, menerusi hantaran Facebook rasmi UnIPSAS, universiti itu berdukacita atas pemergian dua pelajar yang terbabit dalam kemalangan.

"Muhammad Zuhair Rifqi, pelajar Diploma Pengajian Quran dan Sunnah manakala Muhammad Firdaus Mohammad Zamri, pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan Pentadbiran Kehakiman.

"Pihak universiti merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga kedua-dua pelajar dan mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

"UnIPSAS turut menyeru warga kampus untuk bersama-sama menyedekahkan al-Fatihah dan mendoakan kesejahteraan arwah," menurut kenyataan itu. #BeritaHarian



Demikianlah Artikel Dua Pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) Maut Nahas Dengan Ambulans Di Kuantan

Sekianlah artikel Dua Pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) Maut Nahas Dengan Ambulans Di Kuantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua Pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) Maut Nahas Dengan Ambulans Di Kuantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/07/dua-pelajar-universiti-islam-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dua Pelajar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) Maut Nahas Dengan Ambulans Di Kuantan"

Catat Ulasan

Loading...