Loading...

Khaidir Ahmad, Dari Dunia Kewartawanan Kembali Kepada Alam Semulajadi Dengan Menceburi Bidang Pertanian

Loading...
Khaidir Ahmad, Dari Dunia Kewartawanan Kembali Kepada Alam Semulajadi Dengan Menceburi Bidang Pertanian - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Khaidir Ahmad, Dari Dunia Kewartawanan Kembali Kepada Alam Semulajadi Dengan Menceburi Bidang Pertanian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Khaidir Ahmad, Dari Dunia Kewartawanan Kembali Kepada Alam Semulajadi Dengan Menceburi Bidang Pertanian
link : Khaidir Ahmad, Dari Dunia Kewartawanan Kembali Kepada Alam Semulajadi Dengan Menceburi Bidang Pertanian

Baca juga


Khaidir Ahmad, Dari Dunia Kewartawanan Kembali Kepada Alam Semulajadi Dengan Menceburi Bidang Pertanian

TEMERLOH: Daripada dunia kewartawanan ke dusun durian, itulah transformasi hidup bekas Ketua Pengarang Berita TV3, Khaidir Ahmad, 63 kini menanam hampir 300 pokok durian di Kampung Durian Tikus di sini.

Figura disegani dalam dunia kewartawanan dan penyiaran negara itu ligat ‘bermain’ dengan tanah, baja dan buah durian termasuk varieti premium seperti musang king; IOI; D24 serta duri hitam.

Beliau juga turut menanam benih durian klon baharu yang dijangka boleh menyaingi musang king pada masa depan seperti tupai king, jawi super dan damak king (Malaysia) serta radja (Indonesia) dan nok kracip (Thailand).

Menurutnya, keputusan untuk menceburi bidang pertanian sepenuhnya dibuat selepas bersara sejak 11 tahun lalu apabila merasakan sudah tiba masanya untuk kembali kepada alam semula jadi.

“Saya tidak mahu hanya duduk diam selepas bersara. Saya percaya tanah tidak pernah menipu. Kalau kita jaga betul-betul, hasilnya bukan saja lumayan, tapi memuaskan hati.

"Pelbagai varieti ditanam di dusun ini yang menggunakan baja organik rumusan dan formula sendiri," kata pemilik Hybrid Nursery itu.

Ujarnya, tidak mudah membina dusun yang produktif dan memerlukan ilmu, disiplin dan kesabaran sama seperti dunia kewartawanan yang menekankan ketepatan dan etika.

“Saya anggap ini sebagai ‘berita’ baru saya. Bezanya, dari berita di kaca TV ke berita dalam bentuk hasil tani,” katanya berseloroh.

Kini, dengan keluasan dusun seluas 2.4 hektar, Khaidir juga meneroka dunia pertanian dengan menawarkan khidmat sebagai perunding dengan menyediakan Pakej Pembangunan Dusun Durian Moden (DDM) berskala besar.

"Selain jual sendiri dari dusun, saya turut turun padang menyertai pelbagai lokasi terbuka seperti pekan sehari dan lain-lain," tambahnya.

Turut diusahakan dan dijual di dusun itu anak pokok hibrid durian pelbagai varieti dan tanaman lain antaranya ciku mega dan avokado.#SinarHarian



Demikianlah Artikel Khaidir Ahmad, Dari Dunia Kewartawanan Kembali Kepada Alam Semulajadi Dengan Menceburi Bidang Pertanian

Sekianlah artikel Khaidir Ahmad, Dari Dunia Kewartawanan Kembali Kepada Alam Semulajadi Dengan Menceburi Bidang Pertanian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Khaidir Ahmad, Dari Dunia Kewartawanan Kembali Kepada Alam Semulajadi Dengan Menceburi Bidang Pertanian dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/07/khaidir-ahmad-dari-dunia-kewartawanan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Khaidir Ahmad, Dari Dunia Kewartawanan Kembali Kepada Alam Semulajadi Dengan Menceburi Bidang Pertanian"

Catat Ulasan

Loading...