Judul : Pahang Catat Prestasi Cemerlang, Rekod Pelaburan Tertinggi Di Pantai Timur, Nilai Cecah RM4 Bilion Sehingga Jun Tahun Ini
link : Pahang Catat Prestasi Cemerlang, Rekod Pelaburan Tertinggi Di Pantai Timur, Nilai Cecah RM4 Bilion Sehingga Jun Tahun Ini
Pahang Catat Prestasi Cemerlang, Rekod Pelaburan Tertinggi Di Pantai Timur, Nilai Cecah RM4 Bilion Sehingga Jun Tahun Ini
KUANTAN: Pahang terus mencatat prestasi cemerlang apabila merekodkan pelaburan direalisasikan tertinggi di Pantai Timur dengan nilai mencecah RM4 bilion sehingga Jun tahun ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah ini mengatasi negeri-negeri lain di Pantai Timur iaitu Terengganu yang merekodkan RM1.3 bilion dan Kelantan sebanyak RM1.1 bilion.
Menurutnya, pencapaian ini adalah hasil kerjasama erat semua pihak termasuk agensi kerajaan negeri, syarikat berkaitan kerajaan negeri (S-GLC), Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) serta para pemain industri dan komuniti pelabur.
“Pelaburan ini memperkukuh kedudukan ekonomi negeri terutamanya dalam sektor strategik seperti pembuatan, minyak dan gas serta pelancongan, yang terus menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Pahang,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Wan Rosdy menambah, bagi kategori pelaburan komited pula, Pahang mencatatkan nilai RM3.5 bilion.
Jelasnya, ini menggambarkan keyakinan tinggi pelabur terhadap kestabilan ekonomi dan iklim pelaburan kondusif di negeri ini.
Beliau menambah, Pahang turut merekodkan jangkaan nilai pelaburan baharu berimpak tinggi sebanyak RM38.4 bilion dan ini membuktikan Pahang berada pada landasan kukuh sebagai negeri progresif, mesra pelabur dan semakin kompetitif.
“Dari sudut prestasi ekonomi, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Pahang bagi tahun 2024 mencatat pertumbuhan 5.7 peratus, iaitu melebihi purata nasional 5.1 peratus dengan nilai RM68.7 bilion, terbaik di Pantai Timur.
“Malah sejak 2018, KDNK Pahang meningkat 23 peratus bersamaan kira-kira RM13 bilion. Ini adalah refleksi kepada pelaksanaan dasar pembangunan strategik, mampan dan menyeluruh,” katanya.
Wan Rosdy menegaskan, kejayaan ini membuktikan kestabilan politik, dasar konsisten, pembangunan infrastruktur moden serta ekosistem pelaburan mesra dan efisien menjadi pemangkin utama kemajuan negeri.
"Kerajaan negeri akan terus komited memperkasakan inisiatif pemudahcara pelaburan, mempercepat pelaksanaan projek strategik serta memperkukuh jaringan infrastruktur sokongan di seluruh negeri.
“Segala pencapaian ini adalah cerminan pelaksanaan Aspirasi Pahang 1st yang menekankan pertumbulan ekonomi seimbang, peluang pekerjaan untuk rakyat, serta agihan kemakmuran secara adil dan menyeluruh,” katanya.
Sehubungan itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri beriltizam memperkukuh dasar mesra pelaburan, meningkatkan daya saing ekonomi serta memastikan setiap rakyat Pahang mendapat manfaat langsung daripada kemajuan yang dicapai bersama. #SinarHarian
Demikianlah Artikel Pahang Catat Prestasi Cemerlang, Rekod Pelaburan Tertinggi Di Pantai Timur, Nilai Cecah RM4 Bilion Sehingga Jun Tahun Ini
Anda sekarang membaca artikel Pahang Catat Prestasi Cemerlang, Rekod Pelaburan Tertinggi Di Pantai Timur, Nilai Cecah RM4 Bilion Sehingga Jun Tahun Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/07/pahang-catat-prestasi-cemerlang-rekod.html

0 Response to "Pahang Catat Prestasi Cemerlang, Rekod Pelaburan Tertinggi Di Pantai Timur, Nilai Cecah RM4 Bilion Sehingga Jun Tahun Ini"
Catat Ulasan