Loading...

Penduduk Gempar Jumpa Kesan Tapak Kaki, Tangan Manusia 'Gergasi' Di Felda Bukit Sagu 2 Dan 3 Di Kuantan

Loading...
Penduduk Gempar Jumpa Kesan Tapak Kaki, Tangan Manusia 'Gergasi' Di Felda Bukit Sagu 2 Dan 3 Di Kuantan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penduduk Gempar Jumpa Kesan Tapak Kaki, Tangan Manusia 'Gergasi' Di Felda Bukit Sagu 2 Dan 3 Di Kuantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penduduk Gempar Jumpa Kesan Tapak Kaki, Tangan Manusia 'Gergasi' Di Felda Bukit Sagu 2 Dan 3 Di Kuantan
link : Penduduk Gempar Jumpa Kesan Tapak Kaki, Tangan Manusia 'Gergasi' Di Felda Bukit Sagu 2 Dan 3 Di Kuantan

Baca juga


Penduduk Gempar Jumpa Kesan Tapak Kaki, Tangan Manusia 'Gergasi' Di Felda Bukit Sagu 2 Dan 3 Di Kuantan

KUANTAN: Kesan lekukan tapak kaki dan tangan bersaiz besar yang ditemukan pada batu laterit di Felda Bukit Sagu 2 dan 3, menimbulkan persoalan apabila bentuknya seakan tapak manusia dan dipercayai berusia ribuan tahun.

Penduduk, Rosdi Rashid, 56, berkata, kewujudan tapak tersebut disedari ketika melakukan kerja-kerja pembersihan kebun kira-kira dua tahun lalu.

Menurutnya, namun penemuan terbaru itu bukanlah yang pertama kerana pernah menjumpai kesan lekukan sama kira-kira 43 tahun lalu.

“Kesan pertama yang saya jumpa pada tahun 1982 adalah tapak kaki dan kali kedua saya jumpa kesan lekukan di kawasan tidak jauh dari lokasi awal penemuan, dua tahun lalu.

“Masa itu saya tengah bersihkan kebun, tiba-tiba ternampak lekukan seakan tapak tangan dan saya ambil gambar,” katanya ketika ditemui di lokasi penemuan itu di Bukit Sagu di sini pada Khamis.

Bercerita lanjut, Rosdi berkata, asal usul tapak tersebut tidak dapat dipastikan, namun ia dikaitkan dengan seorang tokoh zaman dahulu dikenali sebagai Tok Sagu.

“Tok Sagu ini orang kata penjaga bukit pada zaman dulu-dulu, macam Mat Kilau juga, kisah orang lama,” katanya ringkas.

Sementara itu, Pengurus Felda Bukit Sagu 2 dan 3, Wan Mohamad Hairi Wan Abdul Razak berkata, maklumat mengenai penemuan berkenaan telah disampaikan oleh penduduk termasuk Rosdi, sejak beliau mula bertugas di situ sekitar Ogos 2002.

“Saya lihat ia ada potensi besar untuk diketengahkan sebagai produk pelancongan komuniti dan Industri Kecil Sederhana (IKS) dalam rancangan Felda.

“Kita sudah maklumkan kepada Tourism Negeri Pahang, Menara Kuantan 188 dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan mereka menunjukkan minat untuk jadikan kawasan ini sebagai tarikan pelancongan,” katanya.

Wan Mohamad Hairi menambah, setakat ini, pihaknya masih menunggu hasil perbincangan dengan beberapa jabatan berkaitan untuk menentukan langkah seterusnya.

“Kita sedang berbincang dengan jabatan dan agensi berkaitan untuk lihat potensi kawasan ini secara menyeluruh,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan sekiranya ada agensi penyelidikan yang mahu menjalankan kajian lanjut mengenai tapak berkenaan.

“Kita hendak tahu fakta sebenar, mungkin kawasan ini ada nilai sejarah atau ekologi tertentu yang boleh dimanfaatkan untuk penduduk setempat.

“Kalau dikaji dan dimajukan, penemuan ini boleh membuka peluang pembangunan baharu kepada komuniti di sini,” katanya. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Penduduk Gempar Jumpa Kesan Tapak Kaki, Tangan Manusia 'Gergasi' Di Felda Bukit Sagu 2 Dan 3 Di Kuantan

Sekianlah artikel Penduduk Gempar Jumpa Kesan Tapak Kaki, Tangan Manusia 'Gergasi' Di Felda Bukit Sagu 2 Dan 3 Di Kuantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penduduk Gempar Jumpa Kesan Tapak Kaki, Tangan Manusia 'Gergasi' Di Felda Bukit Sagu 2 Dan 3 Di Kuantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/07/penduduk-gempar-jumpa-kesan-tapak-kaki.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Penduduk Gempar Jumpa Kesan Tapak Kaki, Tangan Manusia 'Gergasi' Di Felda Bukit Sagu 2 Dan 3 Di Kuantan"

Catat Ulasan

Loading...