Loading...

Ekonomi Negeri Meningkat Tarik Minat Perantau Pahang Sedia Kembali Untuk Berbakti, Undang Lebih Ramai Pelabur

Loading...
Ekonomi Negeri Meningkat Tarik Minat Perantau Pahang Sedia Kembali Untuk Berbakti, Undang Lebih Ramai Pelabur - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ekonomi Negeri Meningkat Tarik Minat Perantau Pahang Sedia Kembali Untuk Berbakti, Undang Lebih Ramai Pelabur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ekonomi Negeri Meningkat Tarik Minat Perantau Pahang Sedia Kembali Untuk Berbakti, Undang Lebih Ramai Pelabur
link : Ekonomi Negeri Meningkat Tarik Minat Perantau Pahang Sedia Kembali Untuk Berbakti, Undang Lebih Ramai Pelabur

Baca juga


Ekonomi Negeri Meningkat Tarik Minat Perantau Pahang Sedia Kembali Untuk Berbakti, Undang Lebih Ramai Pelabur


TEMERLOH: Pertumbuhan pesat ekonomi Negeri Pahang membuka ruang kepada lebih ramai anak perantauan untuk kembali menyumbang di negeri sendiri, sekali gus menarik minat pelabur luar untuk bersama membangunkan negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri sentiasa menyediakan peluang pekerjaan agar anak-anak Pahang yang berada di luar dapat pulang dan berbakti di tanah kelahiran mereka.

“Semalam saya bersama anak-anak Pahang di Muar. Mereka menyatakan kesediaan untuk pulang ke Pahang sekiranya terdapat peluang yang lebih baik. Anak saya sendiri, empat orang masih berada di luar.

“Insya-Allah, dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri yang terus meningkat, lebih banyak peluang pekerjaan akan diwujudkan dan mereka boleh kembali menyumbang di sini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menjelaskan kerajaan negeri turut menanti pengumuman penting yang bakal dibuat oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat.

“Saya dimaklumkan satu pengumuman baik akan dibuat sama ada Selasa atau Rabu ini. Kita tunggu sahaja, saya sendiri belum tahu secara rasmi mengenainya. Wallahuaklam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Karnival Asyura Peringkat Negeri Pahang yang berlangsung meriah di Surau Kampung Paya Laman Lanchang , di sini pada Ahad.

Menurutnya, karnival tahunan itu bukan sekadar acara simbolik, sebaliknya platform menyemai semangat silaturahim, gotong-royong dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat kampung dan daerah.

“Kita akan tambah baik dari semasa ke semasa supaya lebih ramai dapat menyertai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan sumbangan RM350 kepada jemaah haji yang belum menerima wang saguhati selain meneruskan bantuan kepada golongan memerlukan seperti pesakit, pelajar dan baik pulih surau.

Tambahnya, pelabur luar turut dialu-alukan untuk melabur di Pahang kerana kerajaan negeri komited menyediakan persekitaran pelaburan yang kondusif dan mampan. #Sahih



Demikianlah Artikel Ekonomi Negeri Meningkat Tarik Minat Perantau Pahang Sedia Kembali Untuk Berbakti, Undang Lebih Ramai Pelabur

Sekianlah artikel Ekonomi Negeri Meningkat Tarik Minat Perantau Pahang Sedia Kembali Untuk Berbakti, Undang Lebih Ramai Pelabur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ekonomi Negeri Meningkat Tarik Minat Perantau Pahang Sedia Kembali Untuk Berbakti, Undang Lebih Ramai Pelabur dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/07/ekonomi-negeri-meningkat-tarik-minat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ekonomi Negeri Meningkat Tarik Minat Perantau Pahang Sedia Kembali Untuk Berbakti, Undang Lebih Ramai Pelabur"

Catat Ulasan

Loading...