Loading...

Lagi Exco Tegur PAS, Dakwa Ibarat Masuk Ke Rumah Janda Berhias Sebab Itu Sibuk Kempen Mahu Negeri Pahang

Loading...
Lagi Exco Tegur PAS, Dakwa Ibarat Masuk Ke Rumah Janda Berhias Sebab Itu Sibuk Kempen Mahu Negeri Pahang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lagi Exco Tegur PAS, Dakwa Ibarat Masuk Ke Rumah Janda Berhias Sebab Itu Sibuk Kempen Mahu Negeri Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lagi Exco Tegur PAS, Dakwa Ibarat Masuk Ke Rumah Janda Berhias Sebab Itu Sibuk Kempen Mahu Negeri Pahang
link : Lagi Exco Tegur PAS, Dakwa Ibarat Masuk Ke Rumah Janda Berhias Sebab Itu Sibuk Kempen Mahu Negeri Pahang

Baca juga


Lagi Exco Tegur PAS, Dakwa Ibarat Masuk Ke Rumah Janda Berhias Sebab Itu Sibuk Kempen Mahu Negeri Pahang


KUANTAN: “Pahang diibaratkan rumah sudah cantik, perkakas sudah ada cuma masuk dan basuh kaki sahaja.

Itu kata sindiran Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Ir. Razali Kassim terhadap Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim sebelum itu mendakwa rakyat di negeri itu sudah bersedia memilih Perikatan Nasional (PN) untuk memerintah Pahang.

Razali seterusnya menggingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka untuk meneliti usaha yang telah dimainkan oleh kerajaan negeri sebelum ini yang menjadikannya berkembang maju daripada sudut ekonomi dan infrastrukturnya.

”Dia (Tuan Ibrahim) selok (tak sedar) nak negeri ini sebab Pahang ini semua sudah ada, orang kata ibarat masuk ke rumah janda berhias, sebab itu nak Pahang,” katanya dalam kenyataan.

Jelas beliau, barisan kepimpinan kerajaan negeri telah memainkan peranan sebaik mungkin tanpa ada mana-mana pihak tercicir dalam pembangunan di Pahang.

Malah Razali menekankan kemajuan dan pertumbuhan ekonomi itu dibuktikan apabilaPahang tersenarai antara lima negeri merekodkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) melebihi kadar pertumbuhan Malaysia iaitu 5.1 peratus pada tahun lalu.

Katanya, ekonomi negeri terus mencatat prestasi cemerlang apabila laporan KDNK 2024 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) meletakkan negeri ini di kedudukan keempat terbaik.

Ia terbukti Pahang selama tiga tahun berturut-turut mengatasi kadar pertumbuhan nasional sejak 2022.

Hasilnya disalurkan kepada rakyat dari yang baru lahir ke sampai warga emas termasuk pelajar, golangan OKU, petani, penternak, nelayan dan semua peringkat diperhalusi oleh kerajaan negeri.

”Berbanding di Pahang, rakyat sudah menikmati pelbagai inisiatif. Kerajaan negeri sudah membantu macam-macam meningkat kan ekonomi, menjaga kebajikan termasuk meyebarkan agenda dakwah di  negeri ini.

”Selain ADUN di Pahang, jadi lebih baik Tuan Ibrahim fokus di kawasan Parlimen sendiri yang perlu dijaga berbanding dengan Pahang ini, jauh sangat beza.

“Dia juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, apa dia dah buat di Kelantan sebagai ahli Parlimen? Apa track record dia membantu Kelantan?

”Sibuk-sibuk di Pahang buat apa? Tuan Ibrahim pernah menjadi menteri tapi masalah air di Kelantan tidak selesai juga, saya cadangkan dia fokuskan kepada Kelantan jauh ketinggalan,” tambahnya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata sebahagian peruntukan daripada portfolio kerja raya pengangkutan, kesihatan datangnya daripada kerajaan Persekutuan selain dari kerajaan negeri.

Justeru pihaknya sentiasa menjaga kebajikan rakayat dengan membantu memenuhi keperluan rakyat mengikut peruntukan yang disalurkan.

Jumaat lalu, PAS mendakwa rakyat Pahang sudah bersedia memilih Perikatan Nasional (PN) sebagai pemerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti. #MalaysiaGazette



Demikianlah Artikel Lagi Exco Tegur PAS, Dakwa Ibarat Masuk Ke Rumah Janda Berhias Sebab Itu Sibuk Kempen Mahu Negeri Pahang

Sekianlah artikel Lagi Exco Tegur PAS, Dakwa Ibarat Masuk Ke Rumah Janda Berhias Sebab Itu Sibuk Kempen Mahu Negeri Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lagi Exco Tegur PAS, Dakwa Ibarat Masuk Ke Rumah Janda Berhias Sebab Itu Sibuk Kempen Mahu Negeri Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/07/lagi-exco-tegur-pas-dakwa-ibarat-masuk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lagi Exco Tegur PAS, Dakwa Ibarat Masuk Ke Rumah Janda Berhias Sebab Itu Sibuk Kempen Mahu Negeri Pahang"

Catat Ulasan

Loading...