Judul : Guru Sekolah Agama Maut, Kereta Yang Dipandu Bertembung Lori Mesin Gerudi Di Jalan Besar Felda Jengka 20
link : Guru Sekolah Agama Maut, Kereta Yang Dipandu Bertembung Lori Mesin Gerudi Di Jalan Besar Felda Jengka 20
Guru Sekolah Agama Maut, Kereta Yang Dipandu Bertembung Lori Mesin Gerudi Di Jalan Besar Felda Jengka 20
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, kemalangan melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dan lori jenis Isuzu.
Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, mangsa Nurfarah Izyan Ismail, 28, meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kereta itu dalam perjalanan dari tempat kerja di sekolah terbabit ke rumahnya di Sungai Gau, Temerloh.
"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta tersebut telah hilang kawalan dan masuk arah bertentangan dan bertembung dengan lori.
"Kemalangan menyebabkan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat manakala pemandu lori iaitu lelaki berusia 51 tahun patah paha kiri," katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.
Ujarnya, dua penumpang iaitu lelaki berusia 25 dan 45 tahun mengalami kecederaan ringan manakala seorang lagi penumpang, lelaki berusia 53 tahun tidak cedera.
Jelasnya, kesemua mereka dihantar ke Hospital Jengka untuk rawatan lanjut dan bedah siasat dijalankan di hospital sama.
"Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," tambahnya. #SinarHarian
Demikianlah Artikel Guru Sekolah Agama Maut, Kereta Yang Dipandu Bertembung Lori Mesin Gerudi Di Jalan Besar Felda Jengka 20
Anda sekarang membaca artikel Guru Sekolah Agama Maut, Kereta Yang Dipandu Bertembung Lori Mesin Gerudi Di Jalan Besar Felda Jengka 20 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/07/guru-sekolah-agama-maut-kereta-yang.html

0 Response to "Guru Sekolah Agama Maut, Kereta Yang Dipandu Bertembung Lori Mesin Gerudi Di Jalan Besar Felda Jengka 20"
Catat Ulasan