Judul : Jabatan Mufti Pahang Dedah Fahaman 'New Age Movement' Mula Menyusup Dalam Masyarakat Di Negara Ini
link : Jabatan Mufti Pahang Dedah Fahaman 'New Age Movement' Mula Menyusup Dalam Masyarakat Di Negara Ini
Jabatan Mufti Pahang Dedah Fahaman 'New Age Movement' Mula Menyusup Dalam Masyarakat Di Negara Ini
KUANTAN: Jabatan Mufti Negeri Pahang mengambil perhatian serius terhadap penularan fahaman 'New Age Movement' di negara ini.
Mufti Pahang, Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata sedemikian ekoran fahaman itu sudah mula menyusup ke dalam masyarakat Islam khususnya melalui platform motivasi, pembangunan diri, rawatan alternatif dan pembangunan spiritual.
Menurutnya, gerakan itu membawa unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah Islam seperti pantheisme, reinkarnasi, pluralisme agama, penyelewengan wahyu dan syariat.
"Gerakan ini begitu mudah menyerap ke dalam kursus-kursus pembangunan kendiri, seminar healing dan latihan minda yang kelihatan seolah-olah neutral tetapi sebenarnya membawa ajaran yang terpesong dari akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Umat Islam diingatkan agar berhati-hati terhadap mana-mana bentuk program yang menggunakan unsur metafizik dalam silibusnya yang tidak berasaskan ajaran Islam yang sahih.
"Dalam hal ini, Sufisme Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berteraskan al-Quran, al-Sunnah dan turath ulama muktabar adalah jalan sebenar dalam memenuhi keperluan kerohanian umat Islam," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Ujarnya, pendekatan psikospiritual dalam tasawuf yang melibatkan amalan seperti tazkiyah al-nafs, zikir, muraqabah, serta pengenalan terhadap maqam-maqam kerohanian, adalah alternatif yang seimbang dan sah untuk menangani kekosongan jiwa manusia moden.
Jelas beliau, ia tidak hanya menjaga akidah tetapi juga mendidik jiwa agar kembali kepada ALLAH SWT dengan penuh adab dan rasa kehambaan.
"Umat Islam disarankan merujuk ke Jabatan Mufti untuk mendapatkan nasihat yang tepat berkenaan apa-apa kemusykilan termasuk aktiviti-aktiviti yang menggunakan nama motivasi, pembangunan diri, spiritual dan lain-lain yang berkaitan," katanya. #SinarHarian
Demikianlah Artikel Jabatan Mufti Pahang Dedah Fahaman 'New Age Movement' Mula Menyusup Dalam Masyarakat Di Negara Ini
Anda sekarang membaca artikel Jabatan Mufti Pahang Dedah Fahaman 'New Age Movement' Mula Menyusup Dalam Masyarakat Di Negara Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/07/jabatan-mufti-pahang-dedah-fahaman-new.html

0 Response to "Jabatan Mufti Pahang Dedah Fahaman 'New Age Movement' Mula Menyusup Dalam Masyarakat Di Negara Ini"
Catat Ulasan