Judul : Pelajar Hilang Dipercayai Terjatuh Sungai Ketika Memancing Ditemukan Lemas Sekitar Jam 12.45 Tengahari Tadi
link : Pelajar Hilang Dipercayai Terjatuh Sungai Ketika Memancing Ditemukan Lemas Sekitar Jam 12.45 Tengahari Tadi
Pelajar Hilang Dipercayai Terjatuh Sungai Ketika Memancing Ditemukan Lemas Sekitar Jam 12.45 Tengahari Tadi
KUANTAN: Selepas kira-kira 19 jam dilaporkan hilang apabila dipercayai terjatuh sungai, mayat Muhammad Isyraf Danish Razmi ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekitar jam 12.45 tengah hari tadi.
Operasi SAR itu dimulakan pada jam 8 pagi tadi membabitkan kawasan sejauh sehingga satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh lewat petang semalam.
Pelajar berusia 15 tahun itu dikatakan tergelincir ketika cuba membetulkan tali pancingnya yang tersangkut semasa memancing bersama empat lagi rakannya di sungai berdekatan Sekolah Kebangsaan Sungai Talam, dekat Indera Mahkota.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang menerima laporan mengenai kejadian itu jam 8.21 malam tadi.
Sebelum ini, terdapat dakwaan kononnya mangsa 'ditarik' buaya, namun perkara itu dinafikan pegawai dan anggota JBPM Pahang dan agensi berkaitan yang menyertai operasi SAR sejak malam tadi.
Seorang penduduk berhampiran lokasi kejadian, Hadaniah Talib, 66, mendakwa operasi SAR tidak dapat dijalankan segera apabila pihak berkuasa lewat dimaklumkan oleh rakan mangsa.
"Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang semalam namun laporan hanya dibuat kepada pihak berkuasa kira-kira satu setengah jam kemudian.
"Rakan mangsa takut nak memberitahu keluarga mereka mengenai perkara sebenar sehinggalah dipaksa oleh keluarga mereka," katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritenden Mohd Adli Mat Daud mengesahkan mayat Muhammad Isyraf Danish ditemukan pasukan SAR kira-kira satu kilometer dari lokasi terakhir dilapor terjatuh.
"Kejayaan operasi SAR ini hasil kerjasama rapat semua agensi seperti polis, JBPM Pahang, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, polis marin dan orang awam.
"Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi tujuan pengecaman dan bedah siasat," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Sementara itu bapa mangsa, Razmi Yaacob, 56, memaklumkan kali terakhir dia bertemu dengan anaknya ialah pada Ahad lalu.
"Biasanya saya akan membawa dia memancing bersama kerana kami berkongsi minat yang sama, tetapi semalam pergi bersama rakan-rakannya tanpa pengetahuan saya.
"Saya juga terkejut apabila dimaklumkan oleh polis bahawa anak saya dikhuatiri lemas ketika memancing kerana kebiasaannya pada waktu petang dia bermain bola," katanya.
Razmi juga memberitahu arwah anaknya pandai berenang dan tidak menyangka kejadian malang berkenaan menimpa anak bongsunya itu. #Malaysiakini
Demikianlah Artikel Pelajar Hilang Dipercayai Terjatuh Sungai Ketika Memancing Ditemukan Lemas Sekitar Jam 12.45 Tengahari Tadi
Anda sekarang membaca artikel Pelajar Hilang Dipercayai Terjatuh Sungai Ketika Memancing Ditemukan Lemas Sekitar Jam 12.45 Tengahari Tadi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/07/pelajar-hilang-dipercayai-terjatuh.html
0 Response to "Pelajar Hilang Dipercayai Terjatuh Sungai Ketika Memancing Ditemukan Lemas Sekitar Jam 12.45 Tengahari Tadi"
Catat Ulasan