Judul : Sentuh Isu 3R: Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) Gesa PDRM Menjalankan Siasatan Terhadap Ahmad Zahid
link : Sentuh Isu 3R: Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) Gesa PDRM Menjalankan Siasatan Terhadap Ahmad Zahid
Sentuh Isu 3R: Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) Gesa PDRM Menjalankan Siasatan Terhadap Ahmad Zahid
KUANTAN: Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataannya yang menyentuh isu agama dan dianggap termasuk dalam kategori 3R (kaum, agama, raja).
Presidennya, Haslihelmy DM Zulhasli berkata, kerajaan sebelum ini sering meminta rakyat dan pembangkang agar tidak memainkan isu 3R, namun perkara sama juga perlu diikuti oleh pemimpin kerajaan.
“Kerajaan selalu minta rakyat dan pembangkang jangan mainkan isu 3R, maka kerajaan juga tidak boleh melakukannya.
“Tuduhan seperti ini (malaikat lari malam) sangat tidak masuk akal dan mengguris perasaan rakyat Malaysia beragama Islam,” katanya pada Rabu.
Menurut Haslihelmy, pemimpin wajib menjaga batas dan adab ketika berpidato terutama apabila menyentuh perkara berkaitan agama
Jelasnya, tidak ada ruang untuk menjadikan perkara keimanan sebagai bahan gurauan, sindiran atau perbandingan yang merendahkan.
"Saya ingin mengingatkan bahawa walaupun dalam dunia politik wujud ruang untuk berpidato secara spontan atau beremosi, namun apabila melibatkan perkara berkaitan agama, lebih-lebih lagi menyebut nama ALLAH dan makhluk ciptaan-Nya, para pemimpin wajib menjaga batas dan adab.
"Rasa kesal yang amat mendalam terhadap kenyataan yang dilaporkan telah dikeluarkan oleh Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menyebut kononnya, “kalau ALLAH suruh malaikat jadi Presiden UMNO pun, malaikat akan lari malam. Tapi saya tidak," ujarnya.
Beluau menambah, walaupun kenyataan ini dibuat dalam nada bergurau atau sebagai hiperbola politik, ia tetap sangat tidak wajar.
Katanya, menyentuh nama ALLAH dan malaikat yang tidak sepatutnya dijadikan bahan perbandingan untuk menaikkan imej politik mana-mana individu.
"Sebagai pemimpin tertinggi kerajaan dan parti, Ahmad Hamidi lebih berhati-hati dalam menyusun kata-kata.
"Kenyataan seperti ini bukan sahaja memperlihatkan kecuaian dalam menjaga sensitiviti agama malah membuka ruang kepada penghinaan halus terhadap perkara yang sepatutnya dimuliakan dan dihormati," katanya.
Beliau menambah, kenyataan itu memberi gambaran seolah-olah jawatan Presiden UMNO terlalu berat sehingga malaikat sendiri tidak sanggup memikulnya, sedangkan ia hanya untuk menunjukkan kehebatan diri secara berlebihan.
"Saya mengeluarkan kenyataan ini bukan atas dasar perbezaan politik tetapi atas prinsip tanggungjawab dan kewajipan untuk mempertahankan maruah agama Islam daripada dijadikan bahan yang meremehkan.
"Jangan sampai kerana politik, kita tergelincir dalam perkara yang sepatutnya tidak disentuh sama sekali," katanya.
Pada Selasa, Ahmad Zahid mengakui berlaku kekhilafan dalam kenyataannya yang mengandungi perumpamaan mengenai malaikat seperti yang tular menerusi sebuah video baru-baru ini.
Menurut beliau, kenyataan itu diungkapkan dalam suasana penuh emosi ketika menjelaskan tekanan yang dihadapi sepanjang memegang amanah sebagai pemimpin nombor satu parti tersebut. #SinarHarian
Demikianlah Artikel Sentuh Isu 3R: Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) Gesa PDRM Menjalankan Siasatan Terhadap Ahmad Zahid
Anda sekarang membaca artikel Sentuh Isu 3R: Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) Gesa PDRM Menjalankan Siasatan Terhadap Ahmad Zahid dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/07/sentuh-isu-3r-pertubuhan-suara-anak.html
0 Response to "Sentuh Isu 3R: Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP) Gesa PDRM Menjalankan Siasatan Terhadap Ahmad Zahid"
Catat Ulasan