Loading...

PN Tidak Tahu Keadaan Sebenar Di Pahang, Hanya Sekadar Bermain Sentimen Serta Mewujudkan Persepsi

Loading...
PN Tidak Tahu Keadaan Sebenar Di Pahang, Hanya Sekadar Bermain Sentimen Serta Mewujudkan Persepsi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PN Tidak Tahu Keadaan Sebenar Di Pahang, Hanya Sekadar Bermain Sentimen Serta Mewujudkan Persepsi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PN Tidak Tahu Keadaan Sebenar Di Pahang, Hanya Sekadar Bermain Sentimen Serta Mewujudkan Persepsi
link : PN Tidak Tahu Keadaan Sebenar Di Pahang, Hanya Sekadar Bermain Sentimen Serta Mewujudkan Persepsi

Baca juga


PN Tidak Tahu Keadaan Sebenar Di Pahang, Hanya Sekadar Bermain Sentimen Serta Mewujudkan Persepsi

KEPALA BATAS: Dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Seri Saifuddin Abdullah bahawa gabungan parti Perikatan Nasional (PN) mampu menambah bilangan kerusi dan membentuk kerajaan negeri di Pahang jika menang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) hanya sekadar bermain sentimen serta mewujudkan persepsi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata sebagai Pengerusi BN Pahang, kenyataan dibuat itu perkara biasa kerana ia boleh disuarakan sesiapa saja termasuk BN.

Katanya, BN juga bekerja keras untuk mempertahankan kemenangan di Pahang, selain berusaha merampas kembali kerusi dimenangi PN pada pilihan raya lalu.

"Itu (dakwaan Saifuddin) biasalah...saya pun boleh buat kenyataan, kita (UMNO dan BN) akan rampas balik kerusi yang ada pada PN.

"Maksudnya tak ada apa-apa, dia (Saifuddin) cuma nak mainkan sentimen atau persepsi saja, tetapi PN sebenarnya tidak tahu keadaan kita di Pahang pun, kita sedang kerja kuat untuk merampas kembali kerusi dimenangi mereka," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kepala Batas, di Bertam, di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan, Saifuddin yang juga Pengerusi BERSATU Pahang mendakwa PN sudah merangka strategi untuk mempertahankan kerusinya daripada BN, malah berhasrat menawan Pahang pada PRU akan datang.

Ahli Parlimen Indera Mahkota itu turut mengingatkan BN bahawa PN di Pahang berjaya menambah kerusi daripada lapan pada PRU14 kepada 17 pada PRU15 iaitu kurang lima kerusi untuk meraih majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketika ini, BN yang mentadbir Pahang mempunyai 17 daripada 42 kerusi DUN, manakala rakan sekutu mereka iaitu Pakatan Harapan (PH) pula memiliki lapan kerusi. #BeritaHarian



Demikianlah Artikel PN Tidak Tahu Keadaan Sebenar Di Pahang, Hanya Sekadar Bermain Sentimen Serta Mewujudkan Persepsi

Sekianlah artikel PN Tidak Tahu Keadaan Sebenar Di Pahang, Hanya Sekadar Bermain Sentimen Serta Mewujudkan Persepsi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PN Tidak Tahu Keadaan Sebenar Di Pahang, Hanya Sekadar Bermain Sentimen Serta Mewujudkan Persepsi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/07/pn-tidak-tahu-keadaan-sebenar-di-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PN Tidak Tahu Keadaan Sebenar Di Pahang, Hanya Sekadar Bermain Sentimen Serta Mewujudkan Persepsi"

Catat Ulasan

Loading...