Judul : Jangan Terpedaya Video Palsu Teknologi AI Guna Imej Sultan Pahang Tawarkan Bantuan Kepada Rakyat
link : Jangan Terpedaya Video Palsu Teknologi AI Guna Imej Sultan Pahang Tawarkan Bantuan Kepada Rakyat
Jangan Terpedaya Video Palsu Teknologi AI Guna Imej Sultan Pahang Tawarkan Bantuan Kepada Rakyat
KUANTAN: Istana Pahang mengesan penyebaran video palsu dihasilkan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) memaparkan wajah menyerupai Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Istana Pahang dalam akaun Facebook rasmi Kesultanan Pahang menjelaskan, video yang disebarkan menerusi beberapa akaun di aplikasi TikTok itu adalah tidak sahih dan tindakan berkenaan adalah penyalahgunaan imej Al-Sultan Abdullah bagi tujuan penipuan serta memperdaya orang ramai.
"Orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan video berkenaan, tidak mempercayai sebarang pautan atau maklumat yang terkandung dalam video tersebut serta melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya menerima kandungan mencurigakan.
"Istana Pahang menegaskan bahawa baginda tidak mempunyai sebarang akaun media sosial dan semua aktiviti atau titah secara langsung hanya disiarkan melalui platform media sosial Kesultanan Pahang.
"Di Facebook, hanya satu akaun sah iaitu Kesultanan Pahang dengan kira-kira 725,000 pengikut, manakala di platform media sosial lain seperti Instagram, TikTok, Youtube, Threads dan aplikasi X hanya menggunakan nama Kesultanan Pahang manakala portal rasmi Istana Pahang ialah istanapahang.my.
"Lindungilah diri anda daripada penipuan siber. Hentikan penyebaran maklumat palsu," menurut hantaran itu.#BeritaHarian
Demikianlah Artikel Jangan Terpedaya Video Palsu Teknologi AI Guna Imej Sultan Pahang Tawarkan Bantuan Kepada Rakyat
Anda sekarang membaca artikel Jangan Terpedaya Video Palsu Teknologi AI Guna Imej Sultan Pahang Tawarkan Bantuan Kepada Rakyat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/07/jangan-terpedaya-video-palsu-teknologi.html
0 Response to "Jangan Terpedaya Video Palsu Teknologi AI Guna Imej Sultan Pahang Tawarkan Bantuan Kepada Rakyat"
Catat Ulasan