Judul : Saifuddin Dakwa Rakyat Sudah Lihat Kemungkinan PN Terajui Pahang, Kami Ada Strategi Hadapi BN Pada PRU-16
link : Saifuddin Dakwa Rakyat Sudah Lihat Kemungkinan PN Terajui Pahang, Kami Ada Strategi Hadapi BN Pada PRU-16
Saifuddin Dakwa Rakyat Sudah Lihat Kemungkinan PN Terajui Pahang, Kami Ada Strategi Hadapi BN Pada PRU-16
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional sudah merangka strategi untuk mempertahankan kerusinya daripada Barisan Nasional, malah berhasrat menawan Pahang pada PRU akan datang.
Ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu, Saifuddin Abdullah, mengingatkan PN di Pahang menambah kerusi daripada lapan pada selepas PRU14 kepada 17 selepas pilihan raya lepas — kurang lima kerusi untuk meraih majoriti mudah di DUN.
“Rakyat sudah melihat kemungkinan besar PN menerajui Pahang,” kata pengerusi Bersatu Pahang itu dan menambah situasi seperti itu juga berlaku di Selangor.
“Selangor tak cukup tujuh saja,” katanya.
Terdahulu, Pengerusi BN Zahid Hamidi mengumumkan kajian dan tinjauan akan dilaksanakan bagi mengenal pasti kerusi-kerusi berpotensi yang boleh dimenangi, dengan hasrat merampas semula beberapa kerusi Parlimen dan DUN yang kini dikuasai Bersatu dan PAS.
Pahang ditadbir oleh kerajaan dipimpin BN, yang menduduki 17 daripada 42 kerusi DUN. Pakatan Harapan yang menjadi rakan kerjasama memiliki lapan kerusi.
Di Selangor, PH mentadbir dengan 32 daripada 56 kerusi. BN pula bertahan dengan dua kerusi. PN menduduki 21 kerusi pada ketika ini. #FreeMalaysiaToday
Demikianlah Artikel Saifuddin Dakwa Rakyat Sudah Lihat Kemungkinan PN Terajui Pahang, Kami Ada Strategi Hadapi BN Pada PRU-16
Anda sekarang membaca artikel Saifuddin Dakwa Rakyat Sudah Lihat Kemungkinan PN Terajui Pahang, Kami Ada Strategi Hadapi BN Pada PRU-16 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/07/saifuddin-dakwa-rakyat-sudah-lihat.html

0 Response to "Saifuddin Dakwa Rakyat Sudah Lihat Kemungkinan PN Terajui Pahang, Kami Ada Strategi Hadapi BN Pada PRU-16"
Catat Ulasan