Judul : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Cadang Guna Dron Berkuasa Tinggi Pantau Hutan Simpan, Tanah Kerajaan
link : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Cadang Guna Dron Berkuasa Tinggi Pantau Hutan Simpan, Tanah Kerajaan
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Cadang Guna Dron Berkuasa Tinggi Pantau Hutan Simpan, Tanah Kerajaan
KUANTAN: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bercadang menggunakan dron berkuasa tinggi untuk aktiviti pemantauan kawasan hutan simpan dan tanah kerajaan di negeri itu.
Pengarahnya, Zainuddin Jamaluddin berkata, dron berkenaan mampu berada pada ketinggian lebih 120 meter dan terbang antara sejam hingga dua jam bergantung pada kekuatan bateri yang digunakan.
Menurutnya, pihaknya kini mempunyai beberapa dron berkuasa sederhana yang digunakan oleh Unit Penguatkuasaan JPNP Pahang Barat dan Timur termasuk Pejabat Hutan Daerah (PHD).
Kegunaannya agak terbatas terutama membabitkan aktiviti pemantauan kawasan ceroboh.
"Difahamkan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) masing-masing memiliki dron berkuasa tinggi itu bagi melancarkan lagi tugas yang diberikan.
"Kelebihan dron berkuasa tinggi berbanding dron biasa ialah saiz yang besar membuatkan ia lebih stabil ketika terbang dan mampu mengurangkan peratus dron terjatuh, terlanggar pokok serta diserang burung helang ketika terbang," katanya di sini hari ini.
Zainuddin berkata, banyak perkara yang perlu diambil kita terutama membabitkan kemudahan alat ganti sekiranya dron berkenaan mengalami kerosakan.
"Saya difahamkan dron berkuasa tinggi mampu mencecah sehingga RM300,000 seunit bergantung pada kelengkapan dan peralatan yang terdapat pada dron berkenaan," katanya. #HarianMetro
Demikianlah Artikel Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Cadang Guna Dron Berkuasa Tinggi Pantau Hutan Simpan, Tanah Kerajaan
Anda sekarang membaca artikel Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Cadang Guna Dron Berkuasa Tinggi Pantau Hutan Simpan, Tanah Kerajaan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/08/jabatan-perhutanan-negeri-pahang-cadang.html

0 Response to "Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Cadang Guna Dron Berkuasa Tinggi Pantau Hutan Simpan, Tanah Kerajaan"
Catat Ulasan