Loading...

Pahang International Scout Scarf Festival 2025 Di Kuantan Di Iktiraf Malaysia Book of Record (MBOR)

Loading...
Pahang International Scout Scarf Festival 2025 Di Kuantan Di Iktiraf Malaysia Book of Record (MBOR) - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pahang International Scout Scarf Festival 2025 Di Kuantan Di Iktiraf Malaysia Book of Record (MBOR), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pahang International Scout Scarf Festival 2025 Di Kuantan Di Iktiraf Malaysia Book of Record (MBOR)
link : Pahang International Scout Scarf Festival 2025 Di Kuantan Di Iktiraf Malaysia Book of Record (MBOR)

Baca juga


Pahang International Scout Scarf Festival 2025 Di Kuantan Di Iktiraf Malaysia Book of Record (MBOR)

KUANTAN: Pahang International Scout Scarf Festival (PISSF) 2025 menerima pengiktirafan Malaysia Book of Record (MBOR) apabila merekodkan penyertaan 22,825 ahli pengakap dari dalam dan luar negara, hari ini.

Festival yang berlangsung di Stadium Tertutup Sukan Pahang (SUKPA), di sini itu membabitkan penyertaan dari 13 negara antaranya Malaysia, Indonesia, Brunei, Pakistan, Vietnam, Filipina, Thailand, India, Singapura, Arab Saudi dan Jepun.

Tahun lalu, seramai 19,370 peserta menyertai festival berkenaan yang diadakan di Stadium Darul Makmur, di sini.

Bagi guru dari Batam, Indonesia Nurlaila Supian, seramai 25 ahli pengakap termasuk 21 pelajar menyertai festival kali ini.

"Sebenarnya, ini adalah kali kedua kami menyertai PISSF dan pelajar begitu teruja dengan acara yang dianjurkan terutama penyertaan lebih ramai ahli pengakap dari luar negara.

"Saya lihat peserta kali ini lebih ramai dari pelbagai negara seperti India, Jepun dan Vietnam yang membolehkan ahli pengakap berkongsi idea dan mendapat teman baharu," katanya.

Chihiro Kajihara, 20 dari Jepun pula berkata, dia bersama dua rakannya tidak menyangka sambutan luar biasa pada festival yang kali pertama disertainya di negara ini.

"Saya gembira berada di sini kerana bertemu dengan ramai ahli pengakap dari pelbagai negara," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika berucap merasmikan festival berkenaan berbangga dengan sambutan luar biasa daripada 22,825 ahli pengakap dari 13 negara.

Katanya, kehadiran lebih 22,000 ahli pengakap menjadi bukti semangat persaudaraan dalam kalangan ahlinya tiada sempadan.

"Di sinilah kita belajar disiplin, menghormati orang lain, menghargai persahabatan serta berani menghadapi cabaran.

"Pengakap membentuk watak, mengasah kepimpinan dan mengajar kita erti tanggungjawab," katanya. #BeritaHarian



Demikianlah Artikel Pahang International Scout Scarf Festival 2025 Di Kuantan Di Iktiraf Malaysia Book of Record (MBOR)

Sekianlah artikel Pahang International Scout Scarf Festival 2025 Di Kuantan Di Iktiraf Malaysia Book of Record (MBOR) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pahang International Scout Scarf Festival 2025 Di Kuantan Di Iktiraf Malaysia Book of Record (MBOR) dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/08/pahang-international-scout-scarf.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pahang International Scout Scarf Festival 2025 Di Kuantan Di Iktiraf Malaysia Book of Record (MBOR)"

Catat Ulasan

Loading...