Loading...

Pahang Keluarkan Beras Prebiotik Pertama Di Negara Ini, Amat Sesuai Untuk Pengidap Kencing Manis (Diabetes)

Loading...
Pahang Keluarkan Beras Prebiotik Pertama Di Negara Ini, Amat Sesuai Untuk Pengidap Kencing Manis (Diabetes) - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pahang Keluarkan Beras Prebiotik Pertama Di Negara Ini, Amat Sesuai Untuk Pengidap Kencing Manis (Diabetes), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pahang Keluarkan Beras Prebiotik Pertama Di Negara Ini, Amat Sesuai Untuk Pengidap Kencing Manis (Diabetes)
link : Pahang Keluarkan Beras Prebiotik Pertama Di Negara Ini, Amat Sesuai Untuk Pengidap Kencing Manis (Diabetes)

Baca juga


Pahang Keluarkan Beras Prebiotik Pertama Di Negara Ini, Amat Sesuai Untuk Pengidap Kencing Manis (Diabetes)

TEMERLOH: Pahang muncul sebagai negeri pertama mengeluarkan beras prebiotik di negara ini menerusi produk dikenali sebagai Beras Pahang.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keistimewaan Beras Pahang ialah kandungan gulanya yang rendah dan sesuai untuk penghidap diabetes, selain diperkaya dengan prebiotik yang baik untuk kesihatan usus serta sistem penghadaman.

"Beras ini sudah berada di pasaran namun dalam jumlah terhad. Buat masa ini, kita utamakan jualan di Pahang sebelum diedarkan ke negeri lain," katanya selepas merasmikan Mini MAHA Pahang 2025 di Dataran Temerloh, hari ini.

Difahamkan, beras yang ditanam di jelapang padi Ganchong, Pekan, itu lebih enak, wangi dan lembut dengan nutrisi semula jadi, selain dijual pada harga RM8 sekilogram sepanjang Mini MAHA Pahang 2025.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, program Mini MAHA Pahang yang pertama kali dianjurkan itu menerima sambutan menggalakkan dengan lebih 80,000 pengunjung, dan akan diteruskan di lokasi berbeza setiap tahun.

Mengulas prestasi sektor pertanian negeri, beliau memaklumkan berdasarkan Laporan Interim Banci Pertanian Malaysia oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Pahang kini penyumbang kedua terbesar sektor pertanian negara selepas Johor dengan nilai jualan mencecah RM25.12 bilion.

"Daripada jumlah itu, 88 peratus disumbang subsektor tanaman. Kelapa sawit mencatatkan nilai tertinggi iaitu RM14.18 bilion, manakala sayur-sayuran dari Cameron Highlands menyumbang RM3.6 bilion.

"Durian Musang King pula mencatatkan nilai RM2.42 bilion dan pengeluaran susu segar sebanyak 9.05 juta liter bernilai RM47.25 juta menjadikan Pahang pengeluar tertinggi di Malaysia," katanya.

Beliau berkata Pahang turut menerajui industri ternakan bernilai tinggi seperti lembu wagyu, sekali gus mengukuhkan kedudukan negeri itu sebagai pengeluar ternakan premium negara. #BeritaHarian



Demikianlah Artikel Pahang Keluarkan Beras Prebiotik Pertama Di Negara Ini, Amat Sesuai Untuk Pengidap Kencing Manis (Diabetes)

Sekianlah artikel Pahang Keluarkan Beras Prebiotik Pertama Di Negara Ini, Amat Sesuai Untuk Pengidap Kencing Manis (Diabetes) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pahang Keluarkan Beras Prebiotik Pertama Di Negara Ini, Amat Sesuai Untuk Pengidap Kencing Manis (Diabetes) dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/08/pahang-keluarkan-beras-prebiotik.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pahang Keluarkan Beras Prebiotik Pertama Di Negara Ini, Amat Sesuai Untuk Pengidap Kencing Manis (Diabetes)"

Catat Ulasan

Loading...