Judul : Aksi Sultan Pahang Bermain Sepak Takraw Jadi Bualan Warganet, Ramai Kagum Dengan Kemahiran Baginda
link : Aksi Sultan Pahang Bermain Sepak Takraw Jadi Bualan Warganet, Ramai Kagum Dengan Kemahiran Baginda
Aksi Sultan Pahang Bermain Sepak Takraw Jadi Bualan Warganet, Ramai Kagum Dengan Kemahiran Baginda
ROMPIN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah mencuri perhatian warga maya dengan kemahiran bermain sepak takraw.
Kemahiran itu ditonjolkan baginda ketika bercemar duli berangkat bersiar-siar di sekitar Kampung Tekek dan Kampung Air Batang, di sini pada Jumaat.
Semasa bersiar-siar, rombongan Al-Sultan Abdullah melihat sekumpulan penduduk bermain sepak takraw di satu kawasan lapang.
Baginda kemudiannya membentuk regu bersama Pegawai Daerah Rompin, Muhammad Hatta Kassim dan seorang lagi penduduk untuk perlawanan regu.
Video Al-Sultan Abdullah bermain sepak takraw disiarkan di platform rasmi Kesultanan Pahang. Sebaik video tersebut dimuat naik, ramai warga maya kagum dengan kemahiran baginda.
Ini kerana Al-Sultan Abdullah bukan saja dapat bijak menimbang bola. Malah, baginda sempat menghantar semula bola ke gelanggang lawan sekaligus mengundang sorakan penduduk yang menonton.
Seorang pengguna TikTok bernama Nasz’cnr menyifatkan Al-Sultan Abdullah cukup berbakat beraksi dalam pelbagai jenis sukan.
“Ini bukan calang-calang bakat ini. Mantap Tuanku,” ujarnya.
Al-Sultan Abdullah bukan asing dalam dunia sukan negara. Baginda aktif dalam pelbagai jenis sukan termasuk bola sepak, polo dan hoki.
Al-Sultan Abdullah pernah menggalas peranan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Ahli Majlis FIFA. Baginda juga merupakan Penaung Diraja Persekutuan Hoki Asia (AHF). #MakanBola
Demikianlah Artikel Aksi Sultan Pahang Bermain Sepak Takraw Jadi Bualan Warganet, Ramai Kagum Dengan Kemahiran Baginda
Anda sekarang membaca artikel Aksi Sultan Pahang Bermain Sepak Takraw Jadi Bualan Warganet, Ramai Kagum Dengan Kemahiran Baginda dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/08/aksi-sultan-pahang-bermain-sepak-takraw.html
0 Response to "Aksi Sultan Pahang Bermain Sepak Takraw Jadi Bualan Warganet, Ramai Kagum Dengan Kemahiran Baginda"
Catat Ulasan