Loading...

Najib Mohon Masukkan Surat Istana Pahang Kes Titah Adendum, Tarikh Pendengaran 19 September Depan

Loading...
Najib Mohon Masukkan Surat Istana Pahang Kes Titah Adendum, Tarikh Pendengaran 19 September Depan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Mohon Masukkan Surat Istana Pahang Kes Titah Adendum, Tarikh Pendengaran 19 September Depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Mohon Masukkan Surat Istana Pahang Kes Titah Adendum, Tarikh Pendengaran 19 September Depan
link : Najib Mohon Masukkan Surat Istana Pahang Kes Titah Adendum, Tarikh Pendengaran 19 September Depan

Baca juga


Najib Mohon Masukkan Surat Istana Pahang Kes Titah Adendum, Tarikh Pendengaran 19 September Depan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menetapkan pendengaran permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak, bagi membuat pindaan dengan memasukkan surat anaknya, Datuk Mohamad Nizar berhubung Titah Adendum pada 19 September depan.

Ia merupakan surat didakwa daripada Majlis Kesultanan Pahang bertarikh 4 Januari lalu, yang dialamatkan kepada anak bekas Perdana Menteri itu yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang.

Surat tersebut berkaitan permohonan semakan berkaitan kewujudan titah itu yang didakwa membolehkan Najib, 72, menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Bukti tambahan berkenaan dikatakan telah ditandatangani oleh Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman kemudian dialamatkan kepada Mohamad Nizar yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang.

Semasa prosiding di hadapan Hakim, Alice Loke Yee Ching, mahkamah turut menetapkan tarikh sama bagi pendengaran permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya dikenakan larangan bersuara atau ‘gag order’ daripada membincangkan titah tersebut.

Semasa pengurusan kes, hakim memerintahkan semua pihak yang terlibat memfailkan hujahan bagi permohonan pindaan pada atau sebelum 5 September.

Dalam prosiding tersebut, AGC dihadiri Peguam Kanan Persekutuan, Nurhafizza Azizan sementara Najib diwakili peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Pada 20 Januari lepas, AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara itu atas alasan kes berkenaan menyentuh isu sensitif.

Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan memerintahkan kes berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran mengenai meritnya selepas menolak permohonan Peguam Negara untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan terbabit.

Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib mengemukakan bukti baharu bagi menyokong kewujudan dokumen tambahan.

Bekas Presiden UMNO itu memohon perintah mandamus bagi mengarahkan responden memberi jawapan serta mengesahkan kewujudan dokumen tambahan bertarikh 29 Januari 2024.

Najib menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Anak jati Pahang itu turut memohon perintah sekiranya dokumen tambahan tersebut wujud, semua responden atau mana-mana seorang daripada mereka melaksanakannya serta-merta.

Ini termasuk memindahkannya dari Penjara Kajang ke kediamannya di ibu Negara bagi menjalani baki hukuman penjara di rumah.

Pada 3 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, memutuskan empat afidavit dikemukakan bagi menyokong dakwaan Najib termasuk kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dianggap sebagai khabar angin dan tidak boleh diterima sebagai bukti di mahkamah.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.

Beliau kemudian memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022, yang membawa kepada keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Najib Mohon Masukkan Surat Istana Pahang Kes Titah Adendum, Tarikh Pendengaran 19 September Depan

Sekianlah artikel Najib Mohon Masukkan Surat Istana Pahang Kes Titah Adendum, Tarikh Pendengaran 19 September Depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Mohon Masukkan Surat Istana Pahang Kes Titah Adendum, Tarikh Pendengaran 19 September Depan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/08/najib-mohon-masukkan-surat-istana.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Najib Mohon Masukkan Surat Istana Pahang Kes Titah Adendum, Tarikh Pendengaran 19 September Depan"

Catat Ulasan

Loading...