Loading...

Lebih 3,000 Anak Pahang Menyertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2025 Yang Berlangsung Di Dataran DBKL

Loading...
Lebih 3,000 Anak Pahang Menyertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2025 Yang Berlangsung Di Dataran DBKL - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lebih 3,000 Anak Pahang Menyertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2025 Yang Berlangsung Di Dataran DBKL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebih 3,000 Anak Pahang Menyertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2025 Yang Berlangsung Di Dataran DBKL
link : Lebih 3,000 Anak Pahang Menyertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2025 Yang Berlangsung Di Dataran DBKL

Baca juga


Lebih 3,000 Anak Pahang Menyertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2025 Yang Berlangsung Di Dataran DBKL

KUALA LUMPUR: Lebih 3,000 anak Pahang menyertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2025 yang berlangsung di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.

Larian anjuran Sekretariat Perantau Anak Pahang itu disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada pukul 7.00 pagi tadi.

Beliau yang turut menyertai larian berkenaan berkata penganjuran kali ini digabungkan dengan Larian Negaraku sekali gus berjaya menarik hampir 7,000 peserta secara keseluruhan berkumpul di Dataran DBKL.

"Larian Tok Gajah mencecah lebih 3,000 peserta dan Larian Negaraku hampir 3,000 membanjiri Dataran DBKL. Ini jelas menunjukkan semangat cinta kita semua kepada negara dan kepada negeri Pahang khususnya.

Larian Tok Gajah ini melambangkan bahawa solidariti anak-anak Pahang yang berada di luar Pahang ataupun di perantauan amat kukuh dan amat kuat,” kata Datuk Seri Wan Rosdy ketika ditemui media selepas acara pelepasan larian berkenaan.

Acara dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori 3 kilometer dan 5 kilometer selain turut disertai oleh anak-anak Orang Kurang Upaya (OKU).

Hadir sama, Speaker Dewan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri, Fadzli Mohamad Kamal serta Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Negeri, Datuk Amizar Abu Adam.

Tambahnya, acara itu akan dijadikan program tahunan selepas edisi pertama tahun lalu berjaya mengumpulkan lebih 2,000 peserta dan meningkat kepada lebih 3,000 pada tahun ini. #BeritaRTM



Demikianlah Artikel Lebih 3,000 Anak Pahang Menyertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2025 Yang Berlangsung Di Dataran DBKL

Sekianlah artikel Lebih 3,000 Anak Pahang Menyertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2025 Yang Berlangsung Di Dataran DBKL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lebih 3,000 Anak Pahang Menyertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2025 Yang Berlangsung Di Dataran DBKL dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/08/lebih-3000-anak-pahang-menyertai-larian.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lebih 3,000 Anak Pahang Menyertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2025 Yang Berlangsung Di Dataran DBKL"

Catat Ulasan

Loading...