Loading...

Enam Kru Seorang Tekong Warga Tempatan Ditahan Maritim Malaysia Pahang, Langgar Syarat Sah Lesen

Loading...
Enam Kru Seorang Tekong Warga Tempatan Ditahan Maritim Malaysia Pahang, Langgar Syarat Sah Lesen - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Enam Kru Seorang Tekong Warga Tempatan Ditahan Maritim Malaysia Pahang, Langgar Syarat Sah Lesen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Enam Kru Seorang Tekong Warga Tempatan Ditahan Maritim Malaysia Pahang, Langgar Syarat Sah Lesen
link : Enam Kru Seorang Tekong Warga Tempatan Ditahan Maritim Malaysia Pahang, Langgar Syarat Sah Lesen

Baca juga


Enam Kru Seorang Tekong Warga Tempatan Ditahan Maritim Malaysia Pahang, Langgar Syarat Sah Lesen

KUANTAN: Enam kru termasuk seorang tekong warga tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang selepas sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) disyaki melanggar syarat sah lesen di perairan negeri ini, kelmarin.

Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, mereka bersama vesel itu ditahan di kedudukan kira-kira 0.23 batu nautika dari timur Pantai Pontian, Rompin kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Katanya, berdasarkan laporan, penahanan dilakukan oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan rondaan Ops Makmur dan Ops Tiris selepas mengesan sebuah vesel jenis fiber pukat hanyut yang mencurigakan beroperasi di kawasan itu.

"Pemeriksaan lanjut mendapati vesel itu dikendalikan enam kru termasuk tekong warga tempatan berumur antara 21 hingga 37 tahun.

"Hasil pemeriksaan mendapati vesel itu disyaki melakukan tiga kesalahan iaitu pemilik tidak mengusahakan sendiri, gagal memaklumkan pertukaran enjin vesel serta membawa awak-awak melebihi jumlah dibenarkan dalam syarat sah lesen.

"Vesel dan semua kru bersama peralatan menangkap ikan serta hasil laut dalam anggaran 150 kilogram ditahan seterusnya diiring masuk ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading, Rompin sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pemilik vesel yang melanggar undang-undang demi mengaut keuntungan peribadi tanpa memikirkan kesannya terhadap sumber perikanan negara.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah maritim atau kecemasan di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Pahang di talian 09-5717345 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera," katanya. #HarianMetro



Demikianlah Artikel Enam Kru Seorang Tekong Warga Tempatan Ditahan Maritim Malaysia Pahang, Langgar Syarat Sah Lesen

Sekianlah artikel Enam Kru Seorang Tekong Warga Tempatan Ditahan Maritim Malaysia Pahang, Langgar Syarat Sah Lesen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Enam Kru Seorang Tekong Warga Tempatan Ditahan Maritim Malaysia Pahang, Langgar Syarat Sah Lesen dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/08/enam-kru-seorang-tekong-warga-tempatan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Enam Kru Seorang Tekong Warga Tempatan Ditahan Maritim Malaysia Pahang, Langgar Syarat Sah Lesen"

Catat Ulasan

Loading...