Loading...

Pahang Bakal Terima Pelaburan Berimpak Tinggi Bernilai RM75 Bilion, Wujudkan 25,000 Peluang Pekerjaan

Loading...
Pahang Bakal Terima Pelaburan Berimpak Tinggi Bernilai RM75 Bilion, Wujudkan 25,000 Peluang Pekerjaan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pahang Bakal Terima Pelaburan Berimpak Tinggi Bernilai RM75 Bilion, Wujudkan 25,000 Peluang Pekerjaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pahang Bakal Terima Pelaburan Berimpak Tinggi Bernilai RM75 Bilion, Wujudkan 25,000 Peluang Pekerjaan
link : Pahang Bakal Terima Pelaburan Berimpak Tinggi Bernilai RM75 Bilion, Wujudkan 25,000 Peluang Pekerjaan

Baca juga


Pahang Bakal Terima Pelaburan Berimpak Tinggi Bernilai RM75 Bilion, Wujudkan 25,000 Peluang Pekerjaan

KUALA LUMPUR: Negeri Pahang bakal menerima pelaburan berimpak tinggi bernilai RM75 bilion menerusi pembangunan Kompleks Hybrid Shipyard di Tanjung Agas yang dijangka bermula lapan bulan dari sekarang.

Projek yang melibatkan keluasan lebih 1,000 ekar itu merupakan hasil kerjasama antara Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) Pahang dan Teroka Majubina Holdings Berhad.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek mega tersebut dijangka menjana 25,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri itu.

“Kita baru sahaja selesai menandatangani Memorandum Perjanjian antara PSK dan Teroka Maju Bina Holdings Berhad. Saya difahamkan projek ini akan bermula lebih kurang lapan bulan daripada sekarang. Kalau boleh diawalkan, lebih baik,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) Pembangunan Kawasan Industri Tanjung Agas, Pekan di Sunway Putra Hotel, hari ini.

Menurutnya, Kompleks Hybrid Shipyard itu akan dibangunkan secara berfasa dan merangkumi tiga komponen utama iaitu pusat kitar semula kapal berteknologi hijau, fasiliti pembinaan serta penyelenggaraan kapal, dan platform simpanan minyak serta gas.

Beliau turut menegaskan bahawa Pahang kekal sebagai negeri mesra pelabur, namun tetap mematuhi peraturan sedia ada.

“Kita permudahkan, fast track dan kurangkan kerenah birokrasi, tetapi tidak kompromi dengan peraturan. Kita tahu pelabur ada pilihan, dan kita mahu tarik mereka ke Pahang,” katanya lagi.

Fasa pertama projek dijangka beroperasi pada Julai 2027, manakala fasa kedua melibatkan fasiliti pembinaan kapal dan platform minyak dijangka bermula Mac 2029. #KOSMO! 



Demikianlah Artikel Pahang Bakal Terima Pelaburan Berimpak Tinggi Bernilai RM75 Bilion, Wujudkan 25,000 Peluang Pekerjaan

Sekianlah artikel Pahang Bakal Terima Pelaburan Berimpak Tinggi Bernilai RM75 Bilion, Wujudkan 25,000 Peluang Pekerjaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pahang Bakal Terima Pelaburan Berimpak Tinggi Bernilai RM75 Bilion, Wujudkan 25,000 Peluang Pekerjaan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/08/pahang-bakal-terima-pelaburan-berimpak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pahang Bakal Terima Pelaburan Berimpak Tinggi Bernilai RM75 Bilion, Wujudkan 25,000 Peluang Pekerjaan"

Catat Ulasan

Loading...