Judul : Suami Isteri Yang Juga Pemilik Kedai Emas Di Pekan Maut, Ford Mustang Rempuh Tiang Elektrik
link : Suami Isteri Yang Juga Pemilik Kedai Emas Di Pekan Maut, Ford Mustang Rempuh Tiang Elektrik
Suami Isteri Yang Juga Pemilik Kedai Emas Di Pekan Maut, Ford Mustang Rempuh Tiang Elektrik
Nahas berlaku jam 2 petang ketika kereta jenis Ford Mustang dipandu Mohd Izuddin Harmaini, 51, dan ditemani isteri, Nur Syamimi Rosli, 36, dalam perjalanan dari Kuantan ke Segamat.
Difahamkan, ketika kejadian berlaku hujan lebat di sepanjang jalan berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata nahas itu berlaku ketika kereta dipandu Mohd Izuddin dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh dua tiang elektrik.
Beliau berkata, rempuhan itu menyebabkan pemandu dan penumpang kereta parah dan disahkan meninggal dunia tempat kejadian.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung nahas itu boleh menghubungi balai polis berhampiran ataupun Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di talian 07-9325811," katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Segamat, Muhd Hazim Abd Razak, berkata pihaknya terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dalam kereta terbabit. #BeritaHarian
Demikianlah Artikel Suami Isteri Yang Juga Pemilik Kedai Emas Di Pekan Maut, Ford Mustang Rempuh Tiang Elektrik
Anda sekarang membaca artikel Suami Isteri Yang Juga Pemilik Kedai Emas Di Pekan Maut, Ford Mustang Rempuh Tiang Elektrik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/08/suami-isteri-yang-juga-pemilik-kedai.html

0 Response to "Suami Isteri Yang Juga Pemilik Kedai Emas Di Pekan Maut, Ford Mustang Rempuh Tiang Elektrik"
Catat Ulasan