Judul : Sultan Pahang Titah Pemilik Atau Pengurus Urus Kelab Golf Di Bawah Kelolaan Kerajaan Negeri Dengan Baik
link : Sultan Pahang Titah Pemilik Atau Pengurus Urus Kelab Golf Di Bawah Kelolaan Kerajaan Negeri Dengan Baik
Sultan Pahang Titah Pemilik Atau Pengurus Urus Kelab Golf Di Bawah Kelolaan Kerajaan Negeri Dengan Baik
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan pemilik atau pengurus kelab golf di negeri itu, khususnya di bawah kelolaan Kerajaan Pahang menguruskan kelab masing-masing dengan baik.
Baginda bertitah, kelab yang ada perlu diselenggara dengan baik supaya kemudahan yang ada sentiasa terjaga dan tidak rosak sehingga menyebabkan tiada orang yang mahu datang bermain.
"Saya berharap agar kelab-kelab golf yang ada ini dijaga dengan baik, kalau tak minat nak jaga lebih baik tutup sahaja. Tanah (kelab golf) itu boleh buat projek pembangunan lain yang mendatangkan manfaat lebih besar kepada kerajaan negeri dan rakyat.
"Saya nak pengurusan kelab-kelab yang ada buat lebih banyak program, pertandingan dan promosi untuk menarik lebih ramai pemain golf sama ada profesional atau amatur datang untuk bermain atau untuk tujuan Latihan," titah baginda menerusi hantaran Facebook rasmi Kesultanan Pahang hari ini.
Al-Sultan Abdullah bertitah demikian ketika berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan Majlis Jamuan Diraja dan pengurniaan hadiah Kejohanan Sirkit Golf Piala Sultan Pahang 2025 di Kelab Golf Diraja Pahang, di sini semalam.
Dalam pada itu, baginda menzahirkan harapan pemain yang menyertai Kejohanan Sirkit Golf Piala Sultan Pahang 2025 terus menyokong kelab-kelab golf yang ada di negeri ini.
"Saya berharap kejohanan ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan mampu menarik lebih ramai pemain.
"Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga mahu kelab-kelab golf yang ada buat pertandingan atau kejohanan khusus untuk pemain wanita sekali gus dapat mencungkil bakat golongan itu dalam sukan golf ini," titah baginda. #BeritaHarian
Demikianlah Artikel Sultan Pahang Titah Pemilik Atau Pengurus Urus Kelab Golf Di Bawah Kelolaan Kerajaan Negeri Dengan Baik
Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang Titah Pemilik Atau Pengurus Urus Kelab Golf Di Bawah Kelolaan Kerajaan Negeri Dengan Baik dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/08/sultan-pahang-titah-pemilik-atau.html

0 Response to "Sultan Pahang Titah Pemilik Atau Pengurus Urus Kelab Golf Di Bawah Kelolaan Kerajaan Negeri Dengan Baik"
Catat Ulasan