Loading...

Kerajaan Negeri Pahang Beri Amaran Tidak Akan Berkompromi Dengan Pihak Ceroboh Tanah Haram Di Raub

Loading...
Kerajaan Negeri Pahang Beri Amaran Tidak Akan Berkompromi Dengan Pihak Ceroboh Tanah Haram Di Raub - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Negeri Pahang Beri Amaran Tidak Akan Berkompromi Dengan Pihak Ceroboh Tanah Haram Di Raub, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Negeri Pahang Beri Amaran Tidak Akan Berkompromi Dengan Pihak Ceroboh Tanah Haram Di Raub
link : Kerajaan Negeri Pahang Beri Amaran Tidak Akan Berkompromi Dengan Pihak Ceroboh Tanah Haram Di Raub

Baca juga


Kerajaan Negeri Pahang Beri Amaran Tidak Akan Berkompromi Dengan Pihak Ceroboh Tanah Haram Di Raub

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menceroboh tanah secara haram di daerah Raub.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Durian Haram Raub atau Ops Sekat kini memasuki Fasa 4 bermula 21 Julai lalu.

Menurutnya, sehingga kini lebih 25,000 ekar kawasan durian haram telah disekat laluan keluar masuk, manakala 260 ekar tanaman durian haram di Hutan Simpan Kekal Gunung Benom telah ditebang.

"Menerusi operasi terbabit, seramai 45 individu telah ditahan melibatkan 20 kes kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara, Akta Perhutanan Negara, Akta Imigresen serta Akta Senjata.

"Sebanyak 129 individu telah ditangkap di bawah pelbagai kesalahan, dengan 12 kes dibawa ke mahkamah sepanjang Ops Sekat dijalankan bermula 25 April tahun lalu," jelas beliau dalam satu kenyataan, hari ini.

Operasi diketuai Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) itu dilaksanakan secara bersepadu melibatkan pelbagai agensi termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Raub, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kerajaan Negeri Pahang mengingatkan semua pihak, tanah kerajaan dan Hutan Simpan Kekal adalah khazanah negeri yang wajib dipelihara.

Sebarang cubaan untuk menceroboh, menanam atau mengaut keuntungan secara haram adalah satu perbuatan jenayah dan tindakan paling tegas akan dikenakan tanpa pengecualian. #BeritaRTM



Demikianlah Artikel Kerajaan Negeri Pahang Beri Amaran Tidak Akan Berkompromi Dengan Pihak Ceroboh Tanah Haram Di Raub

Sekianlah artikel Kerajaan Negeri Pahang Beri Amaran Tidak Akan Berkompromi Dengan Pihak Ceroboh Tanah Haram Di Raub kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Negeri Pahang Beri Amaran Tidak Akan Berkompromi Dengan Pihak Ceroboh Tanah Haram Di Raub dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/09/kerajaan-negeri-pahang-beri-amaran.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Negeri Pahang Beri Amaran Tidak Akan Berkompromi Dengan Pihak Ceroboh Tanah Haram Di Raub"

Catat Ulasan

Loading...