Loading...

Pakar Tolak Kemungkinan Kematian Zara Qairina Di Sebabkan Terjatuh Secara Tidak Sengaja Atau Pun Di Tolak

Loading...
Pakar Tolak Kemungkinan Kematian Zara Qairina Di Sebabkan Terjatuh Secara Tidak Sengaja Atau Pun Di Tolak - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pakar Tolak Kemungkinan Kematian Zara Qairina Di Sebabkan Terjatuh Secara Tidak Sengaja Atau Pun Di Tolak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pakar Tolak Kemungkinan Kematian Zara Qairina Di Sebabkan Terjatuh Secara Tidak Sengaja Atau Pun Di Tolak
link : Pakar Tolak Kemungkinan Kematian Zara Qairina Di Sebabkan Terjatuh Secara Tidak Sengaja Atau Pun Di Tolak

Baca juga


Pakar Tolak Kemungkinan Kematian Zara Qairina Di Sebabkan Terjatuh Secara Tidak Sengaja Atau Pun Di Tolak

KOTA KINABALU: Pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir tidak mungkin terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari koridor di tingkat tiga bangunan asrama sekolahnya dalam kejadian awal pagi 16 Julai lalu.

Pendedahan itu dibuat Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr Jessie Hiu ketika membacakan keterangan bertulisnya pada inkues kematian arwah Zara Qairina di Mahkamah Koroner, di sini, petang ini.

Beliau berkata, perkara itu berdasarkan pemeriksaan lokasi dan perbandingan ketinggian mangsa dengan ketinggian pagar konkrit koridor yang tidak memungkinkan arwah terjatuh sendiri atau ditolak.

"Berdasarkan pemeriksaan lokasi di asrama si mati, ketinggian dari lantai ke palang besi mendatar paling atas yang dipasang pada pagar konkrit tingkat tiga ialah 118 sentimeter (cm).

"Saya dimaklumkan ketinggian antemortem si mati ialah 154 cm. Perbezaan antara ketinggian si mati dan palang besi atas ialah 36 cm yang mana ketinggian palang melebihi tiga perempat daripada tinggi si mati dan berada di atas pusat graviti badannya (pada wanita, pusat graviti biasanya di bahagian pelvis, sedikit di bawah pusat).

"Berdasarkan ukuran ini, pada pendapat saya, adalah tidak mungkin si mati terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari kedudukan berdiri di tepi pagar konkrit," katanya.

Dr Jessie berkata, berdasarkan ketinggian dan lebar pagar konkrit, ketinggian palang besi mendatar dan tinggi antemortem si mati, adalah mungkin beliau memanjat pagar konkrit, melintasi palang besi dan berdiri di atas pagar konkrit tersebut.

"Saya telah menyediakan laporan pemeriksaan lokasi bersama laporan pemeriksaan bedah siasat," katanya.

Pandangan beliau itu, katanya dibuat selepas diminta memberi pandangan profesional mengenai kecederaan antemortem si mati pada 2 Ogos lalu.

"Saya meneliti rekod perubatannya termasuk laporan sinar-X, CT dan CTA Scan serta menjalankan pemeriksaan lokasi.

"Pemeriksaan lokasi dijalankan pada 2 Ogos 2025 bermula jam 12.30 tengah hari di Blok Rabiatul Adawiyah, Asrama Qurratu A'yun SMKA Tun Datu Mustapha Limauan (TDML), Kinarut," katanya.

Dr Hiu berkhidmat sebagai pakar patologi forensik di Hospital Queen Elizabeth di sini sejak 1998.

Secara purata, pakar itu mengendalikan dan menyelia antara 100 hingga 150 bedah siasat setahun.

Beliau juga pernah memberi keterangan sebagai saksi pakar secara purata 10 hingga 15 kali setahun di Mahkamah Majistret, Sesyen dan Tinggi di Sabah serta Labuan. #BeritaHarian



Demikianlah Artikel Pakar Tolak Kemungkinan Kematian Zara Qairina Di Sebabkan Terjatuh Secara Tidak Sengaja Atau Pun Di Tolak

Sekianlah artikel Pakar Tolak Kemungkinan Kematian Zara Qairina Di Sebabkan Terjatuh Secara Tidak Sengaja Atau Pun Di Tolak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pakar Tolak Kemungkinan Kematian Zara Qairina Di Sebabkan Terjatuh Secara Tidak Sengaja Atau Pun Di Tolak dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/09/pakar-tolak-kemungkinan-kematian-zara.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pakar Tolak Kemungkinan Kematian Zara Qairina Di Sebabkan Terjatuh Secara Tidak Sengaja Atau Pun Di Tolak"

Catat Ulasan

Loading...