Judul : Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai
link : Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai
Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai
KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dalam keadaan yang kritikal ketika dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada awal pagi 16 Julai lalu.
Pakar Patologi Forensik di Jabatan Perubatan Forensik HQE, Dr Jessie Hiu, berkata keadaan arwah ketika tiba di HQE pada jam 4.38 pagi pada angka 3/15 (E1V1M1) Glasgow Coma Score.
Beliau yang memberi keterangan sebagai saksi pertama inkues kematian Zara, berkata angka itu menunjukkan arwah mengalami kecederaan otak yang teruk.
"Dia dalam keadaan tidak sedarkan diri. Satu amaran trauma kemudian diaktifkan pada jam 4.42 pagi. Dia dibuat penilaian dan diurus oleh pasukan pelbagai disiplin," katanya ketika membacakan keterangan bertulisnya.
Beliau berkata, pemeriksaan klinikal, imbasan Tomografi Berkomputer (imbasan CT); Computed Tomography Angiography scan (CTA scan) dan radiograf kemudian dijalankan.
Pemeriksaan itu, katanya mendedahkan hematoma kulit kepala di bahagian atas, pendarahan intrakranial dengan pembengkakan otak, ensefalopati iskemik hipoksik, patah bahagian distal jejari kiri (tulang lengan bawah), subluksasi (dislokasi) sendi pergelangan tangan kiri, patah tulang tibia kiri dan luka di bahagian pergelangan kaki kiri.
Selain itu, katanya, pemeriksaan juga mendapati patah pertiga distal tibia kiri (patah tulang kaki kiri), subluksasi sendi buku lali (dislokasi), patah kominutif calcaneum kiri (patah tulang kaki kiri) dan patah vertebra lumbar kedua hingga keempat (tulang belakang bawah).
Turut dikesan, katanya mangsa mengalami hematoma otot Psoas kiri dan hematoma tisu pelvis ekstraperitoneal.
"Dia meninggal dunia akibat kecederaan otak traumatik yang teruk dengan ensefalopati iskemia hipoksik pada jam 1.07 tengah hari, 17 Julai 2025," katanya.
Dr Jessie, 58, yang berkhidmat di HQE sejak 1998 memiliki kelayakan ijazah perubatan dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1991 dan Ijazah Sarjana dalam bidang patologi dari Universiti Malaya pada 1998.
Beliau juga adalah ahli Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Malaysian Society of Forensic Medicine and Science dan Indo-Pacific Association of Law, Medicine and Science.
Katanya, beliau mengendalikan dan menyelia antara 100 hingga 150 pemeriksaan bedah siasat setahun, selain memberi keterangan sebagai pakar perubatan antara 10 hingga 15 kali setahun di Mahkamah Majistret, Sesyen dan Mahkamah Tinggi di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Pada prosiding itu, Pegawai Pengendali, Datuk Badiuszaman Ahmad turut meminta beberapa penjelasan mengenai keterangan bertulis Dr Jessie, termasuk berkaitan 172 keping gambar bedah siasat jenazah arwah Zara Qairina.
Dr Jessie memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.
Turut hadir peguam mewakili ibu dan bapa arwah Zara Qairina dan peguam yang mewakili lima tertuduh remaja yang berdepan pertuduhan buli di Mahkamah Kanak-Kanak.#BeritaHarian
Demikianlah Artikel Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai
Anda sekarang membaca artikel Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/09/pakar-patologi-dr-jessie-hiu-dakwa-zara.html
0 Response to "Pakar Patologi Dr Jessie Hiu Dakwa Zara Qairina Kritikal Ketika Di Bawa Ke Hospital Queen Elizabeth Pada 16 Julai"
Catat Ulasan