Loading...

Dua Ribu Rakyat Pahang Berhimpun Desak Pembebasan Sukarelawan Global Sumud Flotilla Yang Ditahan Israel

Loading...
Dua Ribu Rakyat Pahang Berhimpun Desak Pembebasan Sukarelawan Global Sumud Flotilla Yang Ditahan Israel - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua Ribu Rakyat Pahang Berhimpun Desak Pembebasan Sukarelawan Global Sumud Flotilla Yang Ditahan Israel, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua Ribu Rakyat Pahang Berhimpun Desak Pembebasan Sukarelawan Global Sumud Flotilla Yang Ditahan Israel
link : Dua Ribu Rakyat Pahang Berhimpun Desak Pembebasan Sukarelawan Global Sumud Flotilla Yang Ditahan Israel

Baca juga


Dua Ribu Rakyat Pahang Berhimpun Desak Pembebasan Sukarelawan Global Sumud Flotilla Yang Ditahan Israel

KUANTAN: Hampir 2,000 rakyat Pahang berhimpun di Masjid Negeri 1 Sultan Ahmad Shah, di sini, hari ini bagi menyatakan solidariti terhadap sukarelawan misi  Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan rejim Zionis semalam.

Perhimpunan itu dianjurkan Majlis Belia Negeri Pahang dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Sukarelawan Sosial Anak Pahang, Suara Anak Pahang dan Gabungan Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Pahang selepas solat Jumaat dan solat Hajat di masjid tersebut.

Setiausaha Agung Majlis Belia Pahang, Nabil Fiqri Nor Azmi berkata, himpunan itu bertujuan mengumpulkan suara rakyat dan wakil-wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam usaha mendesak pembebasan aktivis yang ditahan sejak semalam.

“Gerakan yang kita buat bermula daripada tengah hari semalam. Gerakan yang kita buat dengan jalinan kerjasama daripada NGO-NGO ini kerana kita rasa tidak boleh lagi tunggu.

“Tindakan dangkal telah dilakukan jadi kita terpaksa bergerak walaupun dengan bilangan yang kecil tetapi suara kita harus didengar oleh oleh mereka di luar sana,” katanya ketika ditemui selepas perhimpunan aman itu.

Sementara itu, Pengarah Unit Komunikasi Strategik (UKS) Negeri Pahang, Khairul Anwar Ahmad Nadzer berkata perhimpunan itu bukan atas dasar bangsa atau mengikut trend, sebaliknya kerana persaudaraan sesama umat Islam.

Katanya, Israel tidak mempunyai hak untuk menyerang kapal atau peserta misi GSF yang kini dalam perjalanan ke Gaza kerana perkara itu telah termaktub dalam Resolusi 2720, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2023.

“Dan kita juga harus tunjukkan kebersamaan kita dalam menuntut kebebasan kawan-kawan, saudara mara kita dalam misi Global Humanitarian Flotilla. Hari ini di bumi Pahang kita isytiharkan puak Zionis ini adalah sebagai puak paling penakut dalam dunia.

“Hari ini kita membawa mesej untuk mendesak PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) terutamanya untuk bersama kita.

“Sebab apa yang dilakukan oleh Zionis ini adalah telah melanggar Resolusi 2720 Majlis Keselamatan PBB iaitu apabila ada misi kemanusiaan sepatutnya harus kita beri ruang dan pastikan ia selamat,” tegasnya. #Malaysiagazette



Demikianlah Artikel Dua Ribu Rakyat Pahang Berhimpun Desak Pembebasan Sukarelawan Global Sumud Flotilla Yang Ditahan Israel

Sekianlah artikel Dua Ribu Rakyat Pahang Berhimpun Desak Pembebasan Sukarelawan Global Sumud Flotilla Yang Ditahan Israel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua Ribu Rakyat Pahang Berhimpun Desak Pembebasan Sukarelawan Global Sumud Flotilla Yang Ditahan Israel dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/10/dua-ribu-rakyat-pahang-berhimpun-desak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dua Ribu Rakyat Pahang Berhimpun Desak Pembebasan Sukarelawan Global Sumud Flotilla Yang Ditahan Israel"

Catat Ulasan

Loading...