Judul : Pemandu Treler Rentung Kilometer 27.8 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan
link : Pemandu Treler Rentung Kilometer 27.8 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan
Pemandu Treler Rentung Kilometer 27.8 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan
KUALA LUMPUR: Polis memohon saksi yang menyaksikan nahas sebuah treler yang mengakibatkan pemandunya rentung di Kilometer 27.8 Lebuhraya Karak menghala ke Gombak, awal pagi tadi supaya tampil membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu pada jam 6.36 pagi.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku pada jam 5.30 pagi ketika pemandu treler, lelaki tempatan berusia 28 tahun, memandu seorang diri dari Kemaman menuju ke Sungai Buloh.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
"Treler berkenaan kemudian terbalik sebelum terbakar, menyebabkan pemandunya rentung di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Selayang untuk tindakan lanjut.
Sehubungan itu, katanya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan pihak polis untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan.
"Saksi boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Noor Farah Hanim Abu Bakar di talian 019-3311552 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222 bagi membantu siasatan," katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, BH melaporkan seorang pemandu lori simen ditemukan rentung selepas kenderaan berat dipandunya terbabit nahas di KM 28Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, dilaporkan berkata sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.21 pagi. #HarianMetro
Demikianlah Artikel Pemandu Treler Rentung Kilometer 27.8 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan
Anda sekarang membaca artikel Pemandu Treler Rentung Kilometer 27.8 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/10/pemandu-treler-rentung-kilometer-278.html
0 Response to "Pemandu Treler Rentung Kilometer 27.8 Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan"
Catat Ulasan