Loading...

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Rampas 126 Jenis Produk Kesihatan, Kosmetik Tidak Sah Bernilai RM1.5 Juta

Loading...
Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Rampas 126 Jenis Produk Kesihatan, Kosmetik Tidak Sah Bernilai RM1.5 Juta - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Rampas 126 Jenis Produk Kesihatan, Kosmetik Tidak Sah Bernilai RM1.5 Juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Rampas 126 Jenis Produk Kesihatan, Kosmetik Tidak Sah Bernilai RM1.5 Juta
link : Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Rampas 126 Jenis Produk Kesihatan, Kosmetik Tidak Sah Bernilai RM1.5 Juta

Baca juga


Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Rampas 126 Jenis Produk Kesihatan, Kosmetik Tidak Sah Bernilai RM1.5 Juta

 

KUANTAN: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) merampas 126 jenis produk kesihatan tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi bernilai RM1.5 juta dalam serbuan ke atas dua premis di sekitar bandar raya ini, Selasa lepas.

JKNP memaklumkan operasi berkenaan dijalankan melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) Pahang dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM), CPF Terengganu dan Polis Diraja Malaysia, hasil maklumat daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Antara produk dirampas ialah ubat tradisional, suplemen kesihatan untuk radang lutut, probiotik, vitamin serta pelbagai kosmetik yang dipasarkan secara dalam talian melalui platform e-dagang.

“Produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi ini diragui dari segi keberkesanan, kualiti dan keselamatannya,” menurut JKNP dalam kenyataan.

JKNP memaklumkan tindakan penguatkuasaan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan CPF Pahang membanteras penjualan produk kesihatan tidak sah di pasaran, selain meningkatkan kesedaran pengguna melalui kempen “Tolak Ubat Tidak Sah” (TOBaTS).

Kesalahan tersebut selaras Peraturan 7(1)(a) serta Peraturan 18A(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 Akta Jualan Dadah 1952. 

“Jika sabit kesalahan, individu boleh dikenakan denda sehingga RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM50,000,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai diingatkan supaya hanya mendapatkan produk kesihatan berdaftar yang mempunyai nombor MAL dan pelekat keselamatan hologram, selain boleh menyemak status pendaftaran melalui www.npra.gov.my. #Bernama



Demikianlah Artikel Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Rampas 126 Jenis Produk Kesihatan, Kosmetik Tidak Sah Bernilai RM1.5 Juta

Sekianlah artikel Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Rampas 126 Jenis Produk Kesihatan, Kosmetik Tidak Sah Bernilai RM1.5 Juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Rampas 126 Jenis Produk Kesihatan, Kosmetik Tidak Sah Bernilai RM1.5 Juta dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/10/jabatan-kesihatan-negeri-pahang-rampas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Rampas 126 Jenis Produk Kesihatan, Kosmetik Tidak Sah Bernilai RM1.5 Juta"

Catat Ulasan

Loading...