Judul : Jumlah Kes Kanser Payudara Tunjukkan Peningkatan Setiap Tahun di Pahang, Pesakit Muda Direkodkan Berusia 20-an
link : Jumlah Kes Kanser Payudara Tunjukkan Peningkatan Setiap Tahun di Pahang, Pesakit Muda Direkodkan Berusia 20-an
Jumlah Kes Kanser Payudara Tunjukkan Peningkatan Setiap Tahun di Pahang, Pesakit Muda Direkodkan Berusia 20-an
KUANTAN: Jumlah kes kanser payudara menunjukkan peningkatan setiap tahun di Pahang dengan pesakit muda direkodkan berusia 20-an, kata Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Sabariah Saidan.
Beliau berkata, kesedaran masyarakat khususnya kaum wanita tentang kepentingan pemeriksaan awal dan saringan berkala sangat penting untuk menyelamatkan nyawa.
"Saya menyeru kaum wanita di negeri ini untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara (Breast Self Examination) setiap bulan dan mendapatkan pemeriksaan klinikal di fasiliti kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2025 Peringkat Pahang di sini pada Ahad.
Selain itu, beliau berkata kaum hawa juga boleh menjalani ujian saringan mamogram yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Pahang.
Mengulas mengenai program berkenaan beliau berkata, ia antara lain bertujuan mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat selain memberikan sokongan kepada pesakit kanser.
Katanya golongan lelaki juga perlu peka terhadap penyakit itu kerana mereka tidak terkecuali daripada risiko yang sama.
Dalam pada itu, Sabariah turut menyeru keluarga, komuniti dan masyarakat memberikan dorongan moral serta mewujudkan persekitaran yang positif untuk pesakit kanser. #SinarHarian
Demikianlah Artikel Jumlah Kes Kanser Payudara Tunjukkan Peningkatan Setiap Tahun di Pahang, Pesakit Muda Direkodkan Berusia 20-an
Anda sekarang membaca artikel Jumlah Kes Kanser Payudara Tunjukkan Peningkatan Setiap Tahun di Pahang, Pesakit Muda Direkodkan Berusia 20-an dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/10/jumlah-kes-kanser-payudara-tunjukkan.html
0 Response to "Jumlah Kes Kanser Payudara Tunjukkan Peningkatan Setiap Tahun di Pahang, Pesakit Muda Direkodkan Berusia 20-an"
Catat Ulasan