Judul : Kerajaan Pahang Perluaskan Program Anggun Suri Ke Sepuluh Daerah Tahun Ini Berbanding Tiga Pada Tahun Lepas
link : Kerajaan Pahang Perluaskan Program Anggun Suri Ke Sepuluh Daerah Tahun Ini Berbanding Tiga Pada Tahun Lepas
Kerajaan Pahang Perluaskan Program Anggun Suri Ke Sepuluh Daerah Tahun Ini Berbanding Tiga Pada Tahun Lepas
LIPIS: Kerajaan Pahang terus prihatin dengan memperluaskan ke 10 daerah tahun ini berbanding tiga pada tahun lepas bagi pelaksanaan Program Anggun Suri.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tindakan itu membuktikan kesungguhan kerajaan negeri dalam membantu lebih ramai pasangan pengantin di Pahang.
“Hari ini adalah program Anggun Suri di mana 10 pasangan pengantin kahwin secara beramai-ramai yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri kecuali duit mas kahwin.
“Tahun lepas kita cuma buat tiga daerah saja. Tahun ni 10 daerah dan insya-ALLAH pada tahun depan kita akan tambah lagi," katanya.
Beliau berkata sedemikian sempena Program Anggun Suri (Kahwin Beramai-ramai) peringkat Parlimen Cameron Highlands di Laman Sejahtera Sungai Koyan, di sini pada Sabtu.
Ujarnya, jumlah pasangan juga kemungkinan bertambah berbanding 10 pasangan pengantin bagi membantu meringankan beban mereka.
"Saya mengucapkan tahniah kepada pengantin yang dapat melangsungkan perkahwinan pada hari ini dan Alhamdulillah syukur kepada ALLAH.
"Pasangan terlibat melahirkan rasa syukur, berterima kasih kerana mereka dapat melangsungkan perkahwinan lebih cepat daripada yang sepatutnya," tambahnya.
Jelas beliau, setiap pasangan pengantin yang berkahwin kali pertama turut menerima sumbangan sebanyak RM300 menerusi program Inisiatif Makmur Pahang (IMPahang) sebagai tanda kasih dan penghargaan daripada kerajaan negeri.
Secara keseluruhannya, Program Anggun Suri tahun ini melibatkan 100 pasangan pengantin dari 10 daerah, dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM1 juta disediakan oleh kerajaan negeri.
Program tersebut merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi membantu pasangan muda melangsungkan perkahwinan tanpa terbeban dengan kos yang tinggi serta memperkukuh pembangunan modal insan dan kesejahteraan masyarakat.#SinarHarian
Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang Perluaskan Program Anggun Suri Ke Sepuluh Daerah Tahun Ini Berbanding Tiga Pada Tahun Lepas
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang Perluaskan Program Anggun Suri Ke Sepuluh Daerah Tahun Ini Berbanding Tiga Pada Tahun Lepas dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/10/kerajaan-pahang-perluaskan-program.html
0 Response to "Kerajaan Pahang Perluaskan Program Anggun Suri Ke Sepuluh Daerah Tahun Ini Berbanding Tiga Pada Tahun Lepas"
Catat Ulasan