Loading...

JIPS Bukit Aman Serbu Pusat Hiburan Di Kuantan, Empat Anggota Polis Termasuk Seorang Wanita Ditahan Positif Dadah

Loading...
JIPS Bukit Aman Serbu Pusat Hiburan Di Kuantan, Empat Anggota Polis Termasuk Seorang Wanita Ditahan Positif Dadah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JIPS Bukit Aman Serbu Pusat Hiburan Di Kuantan, Empat Anggota Polis Termasuk Seorang Wanita Ditahan Positif Dadah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JIPS Bukit Aman Serbu Pusat Hiburan Di Kuantan, Empat Anggota Polis Termasuk Seorang Wanita Ditahan Positif Dadah
link : JIPS Bukit Aman Serbu Pusat Hiburan Di Kuantan, Empat Anggota Polis Termasuk Seorang Wanita Ditahan Positif Dadah

Baca juga


JIPS Bukit Aman Serbu Pusat Hiburan Di Kuantan, Empat Anggota Polis Termasuk Seorang Wanita Ditahan Positif Dadah

KUANTAN: Empat anggota polis termasuk seorang wanita dikesan positif dadah selepas ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi semalam.

Menurut sumber, operasi pada jam 2.30 pagi itu dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Empat individu terbabit, masing-masing dua pegawai dan dua anggota yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Pahang dipercayai berada dalam salah satu bilik karaoke di premis itu ketika serbuan dilakukan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan tangkapan ke atas empat individu berusia antara 30 hingga 40 tahun itu.

"Ujian awal terhadap semua mereka didapati positif dadah. Siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Yahaya berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penggunaan dadah yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Difahamkan tiada sebarang dadah ditemui di premis berkenaan dan semua empat individu terbabit dibebaskan dengan jaminan polis selepas kenyataan mereka diambil di IPD Kuantan. #HarianMetro



Demikianlah Artikel JIPS Bukit Aman Serbu Pusat Hiburan Di Kuantan, Empat Anggota Polis Termasuk Seorang Wanita Ditahan Positif Dadah

Sekianlah artikel JIPS Bukit Aman Serbu Pusat Hiburan Di Kuantan, Empat Anggota Polis Termasuk Seorang Wanita Ditahan Positif Dadah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JIPS Bukit Aman Serbu Pusat Hiburan Di Kuantan, Empat Anggota Polis Termasuk Seorang Wanita Ditahan Positif Dadah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/10/jips-bukit-aman-serbu-pusat-hiburan-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "JIPS Bukit Aman Serbu Pusat Hiburan Di Kuantan, Empat Anggota Polis Termasuk Seorang Wanita Ditahan Positif Dadah"

Catat Ulasan

Loading...