Loading...

Sultan Pahang Berkenan Melancarkan Majlis Rekreasi Pahang (MRP) Di Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis

Loading...
Sultan Pahang Berkenan Melancarkan Majlis Rekreasi Pahang (MRP) Di Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Pahang Berkenan Melancarkan Majlis Rekreasi Pahang (MRP) Di Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Pahang Berkenan Melancarkan Majlis Rekreasi Pahang (MRP) Di Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis
link : Sultan Pahang Berkenan Melancarkan Majlis Rekreasi Pahang (MRP) Di Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis

Baca juga


Sultan Pahang Berkenan Melancarkan Majlis Rekreasi Pahang (MRP) Di Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis

LIPIS: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melancarkan Majlis Rekreasi Pahang (MRP) di Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis hari ini.

Baginda menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang bertitah MRP itu, bukan sahaja berperanan mempromosi, membangunkan dan memelihara khazanah alam, tetapi ia juga menjadi mata dan telinga pihak berkuasa bagi memastikan ia terpelihara untuk generasi akan datang.

“Saya sentiasa mengikuti perkembangan penggiat aktiviti rekreasi ini yang sangat aktif sejak lebih dari 10 tahun yang lepas.

“Sudah tiba masanya segala pengetahuan dan pengalaman dikongsikan, di samping menambah baik fasiliti dan produk pelancongan sukan rekreasi di Pahang,” titah baginda.

Menurut hantaran itu, keberangkatan baginda disambut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Fadzli Mohamad Kamal.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah berharap penubuhan MRP dapat memupuk kesedaran anak muda Pahang terhadap kepentingan khazanah alam sekitar.

“Kesedaran yang luas tentang pentingnya khazanah alam sekitar ini, kerana ia akan menjadi satu legasi ataupun satu tugasan amanah kita, amanah saya, amanah kerajaan untuk diberikan kepada anak-anak muda khususnya anak saya nanti,” titah baginda. #Malaysiakini



Demikianlah Artikel Sultan Pahang Berkenan Melancarkan Majlis Rekreasi Pahang (MRP) Di Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis

Sekianlah artikel Sultan Pahang Berkenan Melancarkan Majlis Rekreasi Pahang (MRP) Di Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang Berkenan Melancarkan Majlis Rekreasi Pahang (MRP) Di Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/10/sultan-pahang-berkenan-melancarkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sultan Pahang Berkenan Melancarkan Majlis Rekreasi Pahang (MRP) Di Dataran Orang Kaya Haji, Kuala Lipis"

Catat Ulasan

Loading...