Loading...

Lima Individu Termasuk Dua Orang Lelaki Tempatan Telah Ditahan Di Raub Selepas Dikejar Polis Dari Gua Musang

Loading...
Lima Individu Termasuk Dua Orang Lelaki Tempatan Telah Ditahan Di Raub Selepas Dikejar Polis Dari Gua Musang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lima Individu Termasuk Dua Orang Lelaki Tempatan Telah Ditahan Di Raub Selepas Dikejar Polis Dari Gua Musang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lima Individu Termasuk Dua Orang Lelaki Tempatan Telah Ditahan Di Raub Selepas Dikejar Polis Dari Gua Musang
link : Lima Individu Termasuk Dua Orang Lelaki Tempatan Telah Ditahan Di Raub Selepas Dikejar Polis Dari Gua Musang

Baca juga


Lima Individu Termasuk Dua Orang Lelaki Tempatan Telah Ditahan Di Raub Selepas Dikejar Polis Dari Gua Musang

RAUB: Lima individu termasuk dua lelaki tempatan ditahan selepas dikejar polis dari Gua Musang dan berakhir di hadapan Balai Polis Dong, disini semalam.

Ketua Polis Daerah Raub Supritenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata dalam kejadian pada 10.15 pagi itu, pasukan peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang telah mengesan sebuah kereta Proton Preve yang dinaiki lima individu di Jalan Tanah Putih, Gua Musang, Kelantan.

Beliau berkata ketika diminta memberhentikan kenderaan, pemandu enggan berbuat demikian dan memecut sejauh kira-kira 80 kilometer sebelum terbabas di hadapan Balai Polis Dong selepas melanggar tiang lampu isyarat serta sebuah kenderaan lain.

Mohd Shahril berkata pemeriksaan mendapati terdapat tiga wanita warga Indonesia tanpa dokumen sah bersama 34 biji pil disyaki dadah jenis yaba dan satu peket dipercayai syabu di dalam kenderaan itu.

“Siasatan awal mendapati dua suspek lelaki tempatan pula berperanan sebagai pengangkut atau transporter migran yang menerima bayaran bagi membawa warga asing dari Kelantan ke Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Shahril berkata siasatan lanjut turut mendapati nombor pendaftaran kereta itu juga palsu.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. #Malaysiakini



Demikianlah Artikel Lima Individu Termasuk Dua Orang Lelaki Tempatan Telah Ditahan Di Raub Selepas Dikejar Polis Dari Gua Musang

Sekianlah artikel Lima Individu Termasuk Dua Orang Lelaki Tempatan Telah Ditahan Di Raub Selepas Dikejar Polis Dari Gua Musang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lima Individu Termasuk Dua Orang Lelaki Tempatan Telah Ditahan Di Raub Selepas Dikejar Polis Dari Gua Musang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/10/lima-individu-termasuk-dua-orang-lelaki.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lima Individu Termasuk Dua Orang Lelaki Tempatan Telah Ditahan Di Raub Selepas Dikejar Polis Dari Gua Musang"

Catat Ulasan

Loading...