Loading...

Malaysia Miliki Keupayaan Pengurusan Bencana Bertaraf Global, Hasil Latihan Tersusun Dan Kesepaduan Pelbagai Agensi

Loading...
Malaysia Miliki Keupayaan Pengurusan Bencana Bertaraf Global, Hasil Latihan Tersusun Dan Kesepaduan Pelbagai Agensi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia Miliki Keupayaan Pengurusan Bencana Bertaraf Global, Hasil Latihan Tersusun Dan Kesepaduan Pelbagai Agensi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia Miliki Keupayaan Pengurusan Bencana Bertaraf Global, Hasil Latihan Tersusun Dan Kesepaduan Pelbagai Agensi
link : Malaysia Miliki Keupayaan Pengurusan Bencana Bertaraf Global, Hasil Latihan Tersusun Dan Kesepaduan Pelbagai Agensi

Baca juga


Malaysia Miliki Keupayaan Pengurusan Bencana Bertaraf Global, Hasil Latihan Tersusun Dan Kesepaduan Pelbagai Agensi

JERANTUT: Malaysia kini mempunyai keupayaan pengurusan bencana bertaraf global hasil daripada latihan yang tersusun, kesepaduan pelbagai agensi serta kepimpinan strategik yang dibina sepanjang sedekad lepas, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, pencapaian ini adalah hasil usaha berterusan semua pihak termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang aktif dalam misi kemanusian antarabangsa.

"Lebih membanggakan, keupayaan Malaysia kini turut diiktiraf di peringkat antarabangsa, sampai Rusia pun datang belajar dengan kita, malah Nadma turut menyertai pelbagai misi kemanusiaan global," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Bulan Kesiapsagaan Nasional (BKN) 2025 di Padang FA di sini pada Isnin.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

BKN 2025 mengangkat tema 'Sentiasa Siaga, Bencana Terjaga', menggambarkan komitmen kerajaan untuk mewujudkan kesedaran dan kesiapsiagaan berterusan dalam kalangan masyarakat.

Ahmad Zahid berkata, BKN ini bukan sekadar kempen kesedaran, tetapi medan penyatuan seluruh jentera negara di bawah pendekatan whole- of-government dan whole-of-society.

"Saya percaya, kerajaan dan rakyat mesti bergerak seiring, kerana kesiapsiagaan sejati tidak hidup atas kertas, ia mesti hidup dalam tindakan setiap insan yang berjiwa Malaysia," katanya.

NADMA yang meraikan ulang tahun ke-10 sejak penubuhannya 1 Oktober 2015, menjadi peneraju pengurusan bencana negara dalam memastikan respons kerajaan lebih tersusun, berfokus dan berkesan dalam menangani bencana.

"Sepuluh tahun bukan tempoh yang singkat. Dalam satu dekad ini, NADMA telah membina sistem pengurusan bencana yang semakin matang, moden dan menyeluruh...apa yang dahulu reaktif, kini menjadi proaktif," kata Ahmad Zahid.

Beliau berkata, Pusat Pemindahan Bencana Kekal (PPBK) Jerantut akan dilengkapi kemudahan asas, ruang keluarga, dapur, bekalan air dan elektrik, sistem amaran awal serta pelan operasi kecemasan moden bagi memastikan bantuan dapat digerakkan cepat, teratur dan efisien.

Sementara itu, Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya merancang untuk membina satu PPBK di setiap satu negeri sebagai usaha jangka panjang menangani impak banjir terutama di kawasan yang dikenal pasti berisiko bencana berlaku.

Beliau berkata, lokasi pembinaan pusat ini akan dikenal pasti dan dipersetujui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Negeri dengan mengambil kira keperluan setempat serta situasi banjir.

"Selama ini, kita guna bilik darjah dan dewan sekolah tetapi tiada kemudahan mencukupi...maka kerajaan Madani prihatin untuk bina PPBK dengan kemudahan yang cukup, namun di luar musim banjir pusat itu boleh digunakan oleh komuniti berdekatan," katanya.

Pelbagai aktiviti turut diadakan sepanjang BKN 2025 kali ini termasuk Rehlah Perdana Madani Siaga, Program Jualan Usahawan Desa, Program Jualan Rahmah Madani, serta pameran aset logistik dan jentera pengurusan bencana. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Malaysia Miliki Keupayaan Pengurusan Bencana Bertaraf Global, Hasil Latihan Tersusun Dan Kesepaduan Pelbagai Agensi

Sekianlah artikel Malaysia Miliki Keupayaan Pengurusan Bencana Bertaraf Global, Hasil Latihan Tersusun Dan Kesepaduan Pelbagai Agensi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia Miliki Keupayaan Pengurusan Bencana Bertaraf Global, Hasil Latihan Tersusun Dan Kesepaduan Pelbagai Agensi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/10/malaysia-miliki-keupayaan-pengurusan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Malaysia Miliki Keupayaan Pengurusan Bencana Bertaraf Global, Hasil Latihan Tersusun Dan Kesepaduan Pelbagai Agensi"

Catat Ulasan

Loading...