Loading...

Perancangan Dan Persiapan Hadapi Musim Banjir Di Pahang Dibuat Berdasarkan Data, Analisis Risiko Setiap Kawasan

Loading...
Perancangan Dan Persiapan Hadapi Musim Banjir Di Pahang Dibuat Berdasarkan Data, Analisis Risiko Setiap Kawasan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perancangan Dan Persiapan Hadapi Musim Banjir Di Pahang Dibuat Berdasarkan Data, Analisis Risiko Setiap Kawasan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perancangan Dan Persiapan Hadapi Musim Banjir Di Pahang Dibuat Berdasarkan Data, Analisis Risiko Setiap Kawasan
link : Perancangan Dan Persiapan Hadapi Musim Banjir Di Pahang Dibuat Berdasarkan Data, Analisis Risiko Setiap Kawasan

Baca juga


Perancangan Dan Persiapan Hadapi Musim Banjir Di Pahang Dibuat Berdasarkan Data, Analisis Risiko Setiap Kawasan

 

JERANTUT: Perancangan dan persiapan Pahang menghadapi musim tengkujuh yang dijangka bermula bulan depan dibuat berdasarkan data tempatan, analisis risiko dan pembabitan komuniti akar umbi.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata memandangkan kepelbagaian bentuk muka bumi negeri pantai timur itu, strategi kesiapsiagaan perlu disesuaikan mengikut keperluan setiap daerah atau kawasan yang terdedah kepada banjir.

"Setiap kali musim tengkujuh melanda, Pahang berdepan pelbagai cabaran seperti banjir, kepala air, tanah runtuh dan ribut.

"Jadi, persiapan kita tidak boleh dibuat secara umum atau seragam untuk semua daerah. Ia perlu dirancang berdasarkan maklumat yang dikumpul dari kawasan tertentu, jenis bencana yang mungkin berlaku, impaknya kepada masyarakat dan langkah mitigasi yang sesuai," katanya berucap pada pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2025 yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, semalam.

Musim tengkujuh timur laut yang lazimnya berlaku antara November hingga Mac membawa hujan lebat ke kawasan pantai timur dan beberapa bahagian Sabah serta Sarawak hingga sering mencetuskan banjir.

Pahang pernah mengalami beberapa siri banjir besar, antaranya pada 1971, 2014 dan 2022 yang dianggap antara paling buruk yang menyebabkan kira-kira 39,000 penduduk terpaksa dipindahkan.

Memberi contoh, Wan Rosdy berkata, Cameron Highlands terdedah kepada tanah runtuh dan hujan lebat di kawasan berbukit, manakala Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera yang terletak dalam lembangan Sungai Pahang berisiko mengalami limpahan sungai dan banjir kilat.

Beliau turut menyatakan kawasan seperti Pekan, Kuantan dan Rompin pula lebih terdedah kepada banjir pesisir pantai serta fenomena air pasang besar.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri bersedia mengaktifkan 872 pusat pemindahan sementara (PPS) yang mampu menampung sehingga 166,295 mangsa di seluruh 11 daerah jika berlaku banjir. #BeritaHarian



Demikianlah Artikel Perancangan Dan Persiapan Hadapi Musim Banjir Di Pahang Dibuat Berdasarkan Data, Analisis Risiko Setiap Kawasan

Sekianlah artikel Perancangan Dan Persiapan Hadapi Musim Banjir Di Pahang Dibuat Berdasarkan Data, Analisis Risiko Setiap Kawasan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perancangan Dan Persiapan Hadapi Musim Banjir Di Pahang Dibuat Berdasarkan Data, Analisis Risiko Setiap Kawasan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/10/perancangan-dan-persiapan-hadapi-musim.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Perancangan Dan Persiapan Hadapi Musim Banjir Di Pahang Dibuat Berdasarkan Data, Analisis Risiko Setiap Kawasan"

Catat Ulasan

Loading...