Judul : SPR Tetapkan Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 Pada 29 November, Manakala Hari Penamaan Calon 15 November
link : SPR Tetapkan Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 Pada 29 November, Manakala Hari Penamaan Calon 15 November
SPR Tetapkan Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 Pada 29 November, Manakala Hari Penamaan Calon 15 November
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 15 November ini sebagai hari penamaan calon, disusuli 25 November pengundian awal dan 29 November hari mengundi biasa bagi Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17).
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun pada sidang medianya di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini, sebentar tadi, berkata writ pilihan raya pula dikeluarkan hari ini.
Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat khas SPR yang bermula jam 10 pagi berhubung pelaksanaan PRN17 Sabah susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 6 Oktober lalu.
SPR menerima makluman rasmi berhubung pembubaran itu daripada Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya, juga pada 6 Oktober, sehari selepas Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran DUN.
PRN17 Sabah menyaksikan sebanyak 73 kerusi bakal dipertandingkan di 25 kawasan Parlimen negeri ini. #BeritaHarian
Demikianlah Artikel SPR Tetapkan Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 Pada 29 November, Manakala Hari Penamaan Calon 15 November
Anda sekarang membaca artikel SPR Tetapkan Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 Pada 29 November, Manakala Hari Penamaan Calon 15 November dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/10/spr-tetapkan-pilihan-raya-negeri-sabah.html
0 Response to "SPR Tetapkan Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 Pada 29 November, Manakala Hari Penamaan Calon 15 November"
Catat Ulasan