Loading...

Pahang Pacu Pelaburan Direalisasi RM5 Bilion Melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)

Loading...
Pahang Pacu Pelaburan Direalisasi RM5 Bilion Melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pahang Pacu Pelaburan Direalisasi RM5 Bilion Melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pahang Pacu Pelaburan Direalisasi RM5 Bilion Melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)
link : Pahang Pacu Pelaburan Direalisasi RM5 Bilion Melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)

Baca juga


Pahang Pacu Pelaburan Direalisasi RM5 Bilion Melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)

KUANTAN: Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya memacu pelaburan direalisasi sebanyak RM5 bilion dan pelaburan komited RM3.9 bilion bagi negeri Pahang dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kejayaan itu membuktikan kedudukan Pahang sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan destinasi pelaburan berdaya saing.

Menurutnya, pelaburan direalisasi itu mewakili 90 peratus daripada sasaran ECERDC RM5.6 bilion bagi tahun 2025.

"Pelaburan itu diterajui sektor pembuatan (41 peratus), minyak dan gas (34 peratus) serta perkhidmatan (25 peratus) sekali gus mewujudkan 2,846 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat negeri ini.

"Sementara itu, pelaburan komited RM3.9 bilion yang menumpukan kepada sektor pembuatan (95 peratus) dan pertanian (5 peratus) dijangka menghasilkan 3,185 peluang pekerjaan tambahan setelah direalisasikan sepenuhnya," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Wan Rosdy berkata, sempena Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC) ECER Pahang di Putrajaya pada Khamis itu turut berlangsung acara pertukaran dokumen antara ECERDC dengan empat syarikat utama yang melabur di Pahang dengan nilai perlaburan RM1.6 bilion.

"Empat syarikat yang memeterai pelaburan di Pahang itu terdiri PKNP Fire Phoenix Data Center Sdn Bhd bagi menubuhkan Pusat Data AI, Sinolion Wheels Technology Sdn Bhd (rim roda aloi aluminium, Malaysian Solar Resources Sdn Bhd (kilang pembuatan teknologi hijau) dan Lionphos Sdn Bhd (fosfat gred makanan dan gred elektronik)," katanya.

Beliau berkata, turut diadakan penyerahan Pusat Konservasi dan Informasi Penyu (TCIC) Cerating kepada Jabatan Perikanan Negeri Pahang.

"Kerajaan negeri mengalu-alukan penyerahan TCIC Cerating kepada Jabatan Perikanan Pahang yang menandakan kemajuan penting dalam bidang ekopelancongan dan pemuliharaan biodiversiti.

"Pahang juga menyokong penuh usaha ECERDC dalam menjayakan pelaburan strategik bernilai tinggi sejajar dengan Aspirasi Pahang 1st demi pertumbuhan mampan, inovasi dan peluang pekerjaan berkualiti untuk rakyat negeri ini," ujarnya. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Pahang Pacu Pelaburan Direalisasi RM5 Bilion Melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)

Sekianlah artikel Pahang Pacu Pelaburan Direalisasi RM5 Bilion Melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pahang Pacu Pelaburan Direalisasi RM5 Bilion Melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/10/pahang-pacu-pelaburan-direalisasi-rm5.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pahang Pacu Pelaburan Direalisasi RM5 Bilion Melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)"

Catat Ulasan

Loading...