Loading...

Wan Rosdy: Pahang Buru Pelaburan Berimpak Tinggi, Tonjol Projek TOD Di Selangor International Business Summit 2025

Loading...
Wan Rosdy: Pahang Buru Pelaburan Berimpak Tinggi, Tonjol Projek TOD Di Selangor International Business Summit 2025 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Rosdy: Pahang Buru Pelaburan Berimpak Tinggi, Tonjol Projek TOD Di Selangor International Business Summit 2025, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, Artikel information, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Rosdy: Pahang Buru Pelaburan Berimpak Tinggi, Tonjol Projek TOD Di Selangor International Business Summit 2025
link : Wan Rosdy: Pahang Buru Pelaburan Berimpak Tinggi, Tonjol Projek TOD Di Selangor International Business Summit 2025

Baca juga


Wan Rosdy: Pahang Buru Pelaburan Berimpak Tinggi, Tonjol Projek TOD Di Selangor International Business Summit 2025

KUALA LUMPUR: Penyertaan kali ketiga Pahang dalam Selangor International Business Summit (SIBS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula 8 hingga 11 Oktober ini membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memperkukuhkan jaringan pelaburan strategik, termasuk di peringkat antarabangsa.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penyertaan itu memberi tumpuan kepada promosi projek berimpak tinggi seperti Transit Oriented Development (TOD) dan Economic Accelerator Projects (EAP) yang berkait rapat dengan keterhubungan logistik di sepanjang laluan ECRL.

“Pembangunan di sekitar stesen ini bukan saja membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, malah memudahkan rakyat Pahang di Lembah Klang untuk berulang-alik,” katanya semasa sidang media di SIBS yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Tambahnya, pada pameran tahun ini sebanyak 13 syarikat termasuk syarikat berkaitan kerajaan negeri dan sektor swasta menyertai Pavilion Pahang, melibatkan dua segmen utama iaitu Selangor Investment and Industrial Park Expo serta Selangor International Marketplace Expo.

Antara pencapaian utama kali ini ialah penandatanganan 17 memorandum persefahaman (MOU) antara kerajaan negeri dan pelabur swasta termasuk projek eksplorasi sumber air bawah tanah bersama syarikat air mineral tempatan, Bubbles 02’s.

Selain itu, beliau turut mengumumkan pembangunan projek Jelantut Square bernilai RM130 juta yang dijangka siap pada 2026 dan bakal mewujudkan lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri komited memperkukuh kerjasama strategik, menarik pelaburan berimpak tinggi serta memastikan pertumbuhan ekonomi yang seimbang antara Pahang Timur, Barat dan Tengah.

“Kita juga tekankan budaya mesra pelabur tanpa menjejaskan peraturan dan tadbir urus. Sebab itu ekonomi negeri terus berkembang dengan kadar KDNK 5.8 peratus, melebihi purata nasional 5.2 peratus,” katanya. #KOSMO!



Demikianlah Artikel Wan Rosdy: Pahang Buru Pelaburan Berimpak Tinggi, Tonjol Projek TOD Di Selangor International Business Summit 2025

Sekianlah artikel Wan Rosdy: Pahang Buru Pelaburan Berimpak Tinggi, Tonjol Projek TOD Di Selangor International Business Summit 2025 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Rosdy: Pahang Buru Pelaburan Berimpak Tinggi, Tonjol Projek TOD Di Selangor International Business Summit 2025 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/10/wan-rosdy-pahang-buru-pelaburan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Wan Rosdy: Pahang Buru Pelaburan Berimpak Tinggi, Tonjol Projek TOD Di Selangor International Business Summit 2025"

Catat Ulasan

Loading...